Selain daripada kenangan lalu zaman kanak-kanak itu, SsangYong bukanlah satu jenama yang sinonim dengan kereta berprestasi tinggi dan tidak pula begitu terkenal dengan penglibatan di dalam sukan permotoran global.
Jadi, untuk membuktikan kepada umum bahawa jenama Naga Berkembar (terjemahan daripada nama SsangYong) benar-benar serius, mereka membuat keputusan untuk menyertai sekali lagi perlumbaan Ralli Dakar bertempat di Amerika Selatan, perlumbaan lasak sebanyak 10 peringkat dengan jarak 5,000 km, dan tambahan special stages sejauh 3,000 km.
Ia merupakan penyertaan kali kedua SsangYong menerusi jentera Tivoli setelah mereka berjaya melintasi garisan penamat di tempat kedua pasukan rookie dan tempat ke-32 secara keseluruhannya.
Tahun hadapan, SsangYong bakal mempertaruhkan jentera Rexton untuk bersaing di dalam kelas T1-3 dengan enjin petrol V8 berkuasa 450 hp, transmisi sequential enam nisbah kelajuan dan pacuan roda belakang.
Prestasi pecutan? 4.4 saat dari 0-100 km/j di atas apa jua permukaan jalan.