SsangYong Torres serba baharu muncul di Korea Selatan

oleh Mohamad Hanif|
Masalah yang melanda SsangYong tidak menghalang jenama automotif Korea Selatan itu daripada terus memperkenalkan model SUV baharu sebagai pelengkap kepada model Korando dan juga Rexton.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

SsangYong Torres diposisikan di antara dua model SUV yang disebutkan tadi, dengan membawakan rujukan rekaan daripada model-model popular.

Dari segi luaran, ia membawakan reka bentuk SUV yang agak ranggi, seperti gril hadapan dengan enam 'tiang' menegak seperti model Jeep, lampu utama nipis dengan DRL agresif, garis bonet yang agak jelas, perumah lampu kabus menegak, dan skid-plate di bahagian depan.
 

Torres


Bahagian sisi pula menempatkan rekaan kotak storan yang dilihat sama seperti model Land Rover Defender, penawaran rim standard 17 hingga 18 inci, opsyen rim 20 inci, diikuti dengan rekaan lampu belakang LED yang menyerupai model Ford Explorer.

Pengaruh Land Rover diteruskan di bahagian ruang kabin, di mana anda boleh melihat skrin tengah bersaiz 12.3 inci yang dipadankan dengan sebuah lagi skrin kawalan iklim bersaiz lapan inci di bahagian bawah corong pendingin hawa.

Selain itu, terdapat roda stereng rekaan bawah rata dengan gugusan butang fungsi terbina, penggunaan upholsteri kulit pada papan pemuka, panel pintu dan konsol tengah.
 

Torres


Bergantung kepada varian, Torres boleh dilengkapi dengan ciri seperti sistem pencahayaan ambien, port pengecasan USB, sistem ventilasi tempat duduk depan, dan ciri ADAS.

Ruang kargo pula adalah sebesar 703 liter, atau boleh dibesarkan kepada 1,662 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat.

Tiada sebarang perincian trenkuasa didedahkan, namun besar kemungkinan ia dilengkapi dengan enjin 1.5 liter T-GDI yang sama seperti model Korando, dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan, dengan sistem pacuan roda depan atau opsyen 4WD.

Harga jualan bermula dari 26,900,000 won (RM91,809) di pasaran Korea.

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebahagian daripada langkah pembaharuan jenama itu ialah dengan mengemaskini penawaran model sedia…
Berita Global
Model konsep tersebut terdiri daripada sebuah trak pikap O100, SUV F100 serta crossover kompak KR10…
Berita Global
  Satu lagi fakta, nama SsangYong juga ditukar kepada KG Mobility. Di United Kingdom, SsangYong…