Stellantis ambil alih kilang Naza di Gurun, produksi 2008 CKD bermula bulan ini

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang semua sedia maklum, hak pengedaran bagi kenderaan berjenama Peugeot kini dipegang secara eksklusif oleh Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Namun, operasi pemasangan bagi kenderaan seperti Peugeot 3008 dan 5008 tidaklah dikendalikan oleh BAuto, sebaliknya ia dikendalikan oleh pihak Stellantis itu sendiri.

Baru-baru ini, Stellantis telah pun mengambil alih hak pemilikan penuh ke atas Naza Automotive Manufacturing Sdn Bhd serta kilang pemasangan yang terletak di Gurun, Kedah.

Pengambilalihan ini menandakan kejayaan yang penting bagi kumpulan itu untuk mengembangkan lagi kehadiran di Asia Tenggara.
 

3008


"Stellantis komited untuk mengembangkan lagi kehadiran di ASEAN, dan pengambilalihan kilang di Gurun, Kedah merupakan satu langkah penting dalam mengukuhkan operasi, output produksi dan tenaga kerja di rantau ini," jelas Christophe Musy, naib presiden kanan pengedaran awam & ASEAN di Stellantis.

"Ini membolehkan kami menggunakan kapasiti produksi sedia ada di Gurun, selain meluaskan lagi jenama dan model di dalam portfolio Stellantis yang dibina di ASEAN untuk negara ASEAN.

Kilang Stellantis Gurun itu memiliki jumlah kapasiti pengeluaran sebanyak 70,000 unit setahun, dan kini sedang digunakan untuk operasi pemasangan bagi model SUV 3008 dan 5008, dengan jumlah komponen tempatan yang digunakan mencapai 50 peratus (body in white, tempat duduk, tayar dan bateri).

Difahamkan, model SUV 3008 dan 5008 CKD ini dieksport ke pasaran Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia, Filipina, Myanmar dan Cambodia.
 

2008


Selain daripada Peugeot 3008 dan 5008, Stellantis turut mengumumkan perancangan untuk memasang model SUV Peugeot 2008 bermula bulan ini.

Stellantis merupakan pengeluar automotif keempat terbesar di dunia, hasil daripada gabungan antara FCA (Fiat Chrysler Automobiles) dan PSA Group, dan kini menaungi 14 buah jenama automotif termasuklah Peugeot, DS, Fiat, Alfa Romeo dan juga Chrysler.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sepanjang tempoh peralihan, Bermaz Auto Alliance akan terus bekerjasama dengan Stellantis bagi…
Berita Domestik
Antara model baharu yang dimaksudkan itu termasuklah Peugoet 408, serta crossover elektrik e-2008…
Hezeri Samsuri
Abarth Alfa Romeo Chrysler Citroën Dodge DS Automobiles Fiat Jeep Lancia Maserati Opel…