Stellantis tawar alat ganti OEM untuk pemilik Lancia Delta HF Integrale Evoluzione!

oleh Mohamad Hanif|
Para pemilik kenderaan klasik Lancia kini tidak perlu risau dan pening kepala mencari alat ganti tulen, memandangkan Stellantis diberitakan akan menghasilkan alat ganti OEM baharu untuk beberapa model terpilih menerusi kolaborasi dengan Mopar.

Di bawah program Heritage Parts, ia bertanggungjawab menghasilkan kembali 31 komponen alat ganti untuk model-model klasik termasuklah Alfa Romeo GTV/Spider, Alfa Romeo GT, Alfa Romeo 147, Alfa Romeo 156, Fiat Coupe, Fiat Barchetta dan Lancia Delta HF Integrale Evoluzione.

 


Secara spesifiknya, 10 daripadanya merupakan unit kawalan suntikan bahan api dan 21 komponen yang terdiri daripada bampar, fender, pintu, hud enjin dan pintu tailgate.

Untuk model lagenda rali itu, pihak Mopar terpaksa menggunakan proses kejuruteraan berbalik dengan mengimbas komponen panel keluli terlebih dahulu, dan mereka turut menggunakan semula bahan keluli rendah karbon bergalvani - bahan asal yang sama digunakan pada komponen original.

 


Sayang sekali, Heritage Parts ini hanya ditawarkan untuk tempoh terhad dan boleh ditempah menerusi kedai rasmi Mopar.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Crossover segmen C ini bukan sahaja akan ditawarkan dalam versi elektrik, akan tetapi versi hibrid…
Berita Global
Perkara itu diakui sendiri oleh ketua unit kejuruteraan dan teknologi Stellantis, Ned Curic semasa…
Berita Global
Ianya berdasarkan dakwaan bahawa Mahindra telah menyalin reka bentuk model Jeep. Hakim Daerah U.S…