Stesen minyak BHPetrol baharu dilancarkan di Sepang Lukut

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

BHPetrol telah membuka sebuah lagi stesen minyak baharu bertempat di Sepang Lukut semalam. 

Acara pembukaan stesen minyak BHPetrol Sepang Lukut itu dihadiri oleh Ir. Azizul Azily Ahmad, Pengurus Besar Bahagian Bekalan, Peruncitan, Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam Bousted Petroleum Marketing Sdn Bhd, staf jabatan peruncitan BHPetrol, pengurusan tertinggi Seng Group of Companies, dan wakil daripada jabatan kerajaan.

Manakala upacara perasmian pula telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia.

 


Dalam majlis yang sama, Syarikat Seng Group of Companies turut mengambil kesempatan untuk menyalurkan bantuan kepada 17 buah sekolah dan beberapa Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan di sekitar daeah Port Dickson.

Majlis perasmian itu dimeriahkan dengan sambutan Tahun Baru Cina, tarian naga serta acara makan 'lou sang' mengikut tradisi kaum Cina. 

Menurut Pengarah Urusan Seng Group of Companies, YB Dato' Sri Dr. King Lim Chin Fui berkata, "dengan adanya stesen BHPetrol Sepang Lukut, ia menjadi pilihan lengkap kepada pengguna untuk memenuhi keperluan perjalanan dengan isian bahan api Infiniti, atau barangan dan kemudahan lain di BHPetromart.
 


Stesen BHPetrol Sepang Lukut terletak di pertengahan antara bandar Lukut dan Sepang yang menghubungkan pengguna jalanraya menuju ke arah KLIA atau Port Dickson. 

Kedudukan yang strategik memudahkan pengguna untuk singgah mengisi bahan api, membeli barangan di kedai serbaneka atau berhenti rehat seketika. 

Khidmat tambah nilai Touch 'n Go dan juga servis bayaran e-Pay turut disediakan. 

Sehingga kini, terdapat kira-kira 400 buah stesen minyak BHPetrol di seluruh negara, manakala sebahagian besar stesen telah dinaiktarf dengan kelengkapan yang lebih baik dari segi penampilan imej, tandas yang bersih, surau, perkhidmatan mesin ATM dan sebagainya. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki itu yang berada di pam nombor dua sedang membetulkan…
Berita Domestik
"Pemandu lori berusia 52 tahun itu kemudian turun daripada kenderaan tersebut dan menuju ke kaunter…
Berita Domestik
Shell Café menyediakan menu minuman menggunakan biji kopi gabungan Arabica dan Liberica, seperti…