Stesen minyak tertua Pulau Pinang, Shell Penang Road diberikan nafas baharu

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu daripasa stesen minyak tertua di Pulau Piang, Shell Penang Road telah diberikan rupa dan nafas baharu bagi menjadikannya sebagai salah satu tarikan pelancongan di Pulau Pinang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Mula berkhidmat sejak tahun 1920-an lagi, stesen minyak Shell Penang Road merupakan antara stesen minyak yang berjaya bertahan ketika era Perang Dunia Kedua serta menyaksikan kemerdekaan Malaysia.
 

Shell


Menurut YB Yeoh Soon Hin, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkata, "Shell Penang Road telah menjadi sebahagian daripada sejarah dan warisan Pulau Pinang untuk tempoh 100 tahun, dan saya gembira Shell terus mengekalkan warisan stesen ini, dan dalam masa yang sama berinovasi untuk memenuhi keperluan pelanggannya.

Biarpun masih lagi mengekalkan imej kejuruteraan kolonial yang cantik, stesen Shell Penang Road ini turut merangkumi ciri-ciri moden, selain menawarkan ruang rehat yang bersih dan juadah ringan tempatan yang cukup menyelerakan.
 

Shell


Sebagai memperingati pelancaran tersebut, Shell turut menawarkan ahli BonusLink dengan Beg Jute Shell Heritage edisi terhad yang menampilkan elemen dan unsur budaya Pulau Pinang.

Boleh didapati secara eksklusif di Shell Penang Road, ahli BonusLink boleh menebus beg ini dengan 1,200 mata ganjaran BonusLink, malah pelanggan yang mendaftar untuk menjadi ahli BonusLink di Shell Penang Road boleh membelinya pada harga RM15 sementara stok masih ada.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kami telah bawa isu ini ke perhatian kerajaan Persekutuan, kami hargai cakna dan keprihatinan…
Berita Domestik
Kajian dan ujian yang dilakukan oleh Shell untuk formulasi terbaharu ini menjamin prestasi yang…
Pelancaran
Ia juga selari dengan aspirasi Shell untuk menjadi perniagaan tenaga sifar emisi menjelang tahun…