Stesen pengecasan EV - bukan satu pelaburan yang pasti

oleh HEZERI SAMSURI|
Pembinaan stesen pengecaj nampaknya bukan satu pelaburan yang mampu menjanjikan keuntungan. Ini berikutan banyak stesen pengecaj EV di Jepun dilaporkan sudah ditutup atau tidak dinaiktaraf.

Antara punca utama ialah pasaran EV di negara itu masih kecil dan perniagaan stesen pengecaj tidak menguntungkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Nikkei Asia, ada stesen pengecaj di bandar Kyoto yang menerima cuma dua atau tiga kenderaan sebulan.

Ia juga melaporkan bahawa Jepun mempunyai 22,500 pengecaj biasa dan 9,700 pengecaj pantas. Penutupan dan penggantungan stesen pengecaj Jepun mula meningkat sejak tahun 2020 dan kadarnya hanya semakin meningkat.

Stesen-stesen pengecaj yang lama memerlukan kos yang sangat tinggi untuk dinaiktaraf kepada pengecaj terkini. Permintaan yang lemah semakin menyukarkan pelaburan itu oleh pemilik-pemilik stesen berkenaan.

Jualan kenderaan elektrik atau EV di Jepun hanyalah dua peratus dari jumlah kenderaan tahunan. Ia adalah satu jumlah yang sangat kecil.

Stesen pengecaj dikatakan mempunyai jangka hayat antara lapan ke 10 tahun sebelum ia mula rosak dan memerlukan penggantian. Pemasangan stesen pengecaj di Jepun pada awalnya dibantu oleh subsidi yang diberikan oleh kerajaan.

Tanpa subsidi, dan juga permintaan yang baik, pelaburan untuk membina stesen baharu dilihat hanya akan dilihat sebagai satu usaha yang sia-sia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Majlis perasmian itu diadakan di Dewan Gandasuli Tamara Residence, bersama-sama dengan sambutan…
Berita Global
Jumlah itu cukup besar dan masalahnya ialah kekurangan stesen pengecasan untuk EV tersebut. Buat…
Berita Domestik
"Kerajaan mengambil maklum akan cabaran semasa yang dihadapi oleh pihak penyedia perkhidmatan…