Stesen pengecasan Tesla Supercharger terbesar kini dibuka

oleh Mohamad Hanif|
Tesla baru-baru ini membuka sebuah lagi pusat pengecasan Tesla Supercharger yang menempatkan kira-kira 56 unit booth pengecasan Supercharger V3 di Firebaugh, California.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada Teslarati, stesen Tesla Supercharger itu merupakan stesen pengecasan terbesar yang pernah Tesla bangunkan serta bakal menawarkan kemudahan seperti restoran dan kedai serbaneka.

 


Imej yang diambil oleh salah seorang pemilik Tesla menunjukkan stesen pengecasan yang menempatkan kira-kira 56 buah booth pengecasan (bayangkan stesen minyak dengan 56 buah pam!) itu baru beroperasi, dan terdapat dua buah Tesla sedang menggunakan fasiliti tersebut.

Status stesen pengecasan Firebaugh sebagai stesen pengecasan terbesar tidak akan kekal lama memandangkan Tesla sendiri sedang membangunkan sebuah lagi fasiliti yang bakal menempatkan 64 unit booth pengecasan  di Gigafactory Shanghai.


Sumber: Teslarati

Berita Berkenaan

Uncategorized
Tesla telah memilih Kuantan, Pahang sebagai salah satu lokasi pengecasan EV pertamanya di Pantai…
Berita Domestik
Baru-baru ini, Tesla mengumumkan pembukaan stesen Supercharging terbaharu di Pavilion Bukit Jalil…
Berita Global
Menurut laporan insideevs, Tesla telah mula melancarkan "yuran kesesakan" dengan kadar USD1 (RM4.67…