Bertempat di Yokohama, Jepun, Renault, Nissan dan Mitsubishi telah mengadakan mesyuarat Alliance Operating Board bagi memperkukuhkan lagi hubungan mereka demi menghadapi masa depan yang kian mencabar.
Menurut Jean-Dominique Senard, pengerusi Alliance memberitahu para wartawan bahawa perjanjian baharu tersebut mampu menambahbaik kolaborasi dan keberkesanan operasi tanpa memerlukan proses gabungan.
Perjanjian baharu yang termeterai merangkumi beberapa langkah inisiatif termasuklah melantik setiap jenama sebagai syarikat rujukan berdasarkan beberapa lokasi yang ditetapkan - Nissan akan menerajui pasaran China, manakala Renault pula kekal di Eropah dan Mitsubishi akan menguasai pasaran Asia Tenggara.
Ketiga-tiga entiti tersebut turut bersetuju untuk mengadaptasi model 'pemimpin/pengikut' untuk pembangunan platform masa hadapan, trenkuasa dan teknologi yang berkaitan, seperti apa yang telah dilakukan sebelum ini.
sumber: Financial Times
Selain daripada itu, Renault-Nissan-Mitsubishi turut bersetuju untuk menyatukan nilai emisi CO2 untuk mematuhi regulasi European Union.
Dengan cara ini, mereka akan dinilai berdasarkan satu syarikat apabila organisasi EU menilai kadar purata pelepasan emisi barisan model mereka.
Renault juga dilaporkan bakal memproduksikan van yang akan dipakaikan jenama Mitsubishi berdasarkan model Traffic dan akan dijual di pasaran Oceania.