Street Hunter Designs hasilkan kit badan lebar untuk GR Supra

oleh Mohamad Hanif|
Masih lagi wujud perdebatan di antara para peminat dan pembenci yang mempertikaikan keaslian GR Supra yang kini menggunakan asas daripada BMW Z4 itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Apa pun perbezaan antara kedua belah pihak, bagi kami GR Supra masih lagi merupakan salah satu model yang penting buat divisyen Gazoo Racing yang meletakkan Toyota salah satu jenama yang dekat di hati peminatnya.
 

GR Supra


Terdapat beberapa pihak yang sudah pun tampil dengan projek ubahsuai melibatkan Supra A90 ini, namun bagi mereka yang mahukan kelainan, boleh dapatkan khidmat daripada Street Hunter Designs.

Kit badan lebar ini ternyata mampu mengubah penampilan GR Supra menjadi lebih agresif, terima kasih kepada pemasangan splitter hadapan, sayap belakang yang lebih gagah, diffuser serba baharu, serta rim S3-X3 Anrky Wheels yang dibaluti tayar Toyo R888R.

 


Untuk makluman, pada tahun ini pihak UMW Toyota bakal membawa masuk model GR Supra serba baharu dengan penawaran transmisi manual, beserta dengan dua model lain iaitu GR 86 dan hot hatch GR Corolla!

Harga jualan GR Supra dengan transmisi automatik pada ketika ini dijual bermula dari RM589,987, tidak termasuk insurans.

Baca: Toyota GR Supra - kini dengan transmisi manual!

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, penganjur program tersebut turut diminta supaya menitikberatkan pematuhan jalan…
Berita Domestik
"Ahli-ahli politik perlu mempunyai iltizam dalam memastikan kejayaannya (dari segi penggubalan…
Berita Global
Selain daripada itu, Toyota turut mempamerkan konsep ubahsuai bagi dua model pentingnya, iaitu GR…