Struktur kerangka LRT3 Meru tumbang

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah kerangka besi bagi projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) tumbang semasa kerja pembinaan dijalankan berhampiran Kompleks Pasar Meru di sini, awal pagi tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi tadi itu tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Pengurus Operasi projek berkenaan, Subba Rao yang ditemui berkata pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan orang ramai katanya tidak perlu bimbang kerana langkah-langkah keselamatan telah diambil.

Kerja-kerja pembersihan struktur yang runtuh dijangka akan mengambil masa lima hari dengan aliran trafik dijangka pulih seperti biasa selewat-lewatnya malam ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

"Polis segera ke lokasi sebaik menerima laporan dan mengawal keadaan trafik di lokasi terbabit.," katanya.
Sejurus kejadian, jalan di lokasi terbabit ditutup di kedua-dua arah dan lencongan turut dibuat. Siasatan lanjut mengenai kejadian itu masih dijalankan.

Anggota polis turut diarahkan mengawal keadaan trafik di lokasi kejadian.

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Stesen LRT3 yang dimaksudkan itu ialah Stesen Tropicana, Raja Muda, Temasya, Bukit Raja dan Bandar…
Berita Domestik
Menurut laporan Bernama, projek LRT3 itu kini sedang rancak dilaksanakan dan kemajuan pembinaan…
Berita Domestik
Ini adalah selari dengan kenyataan yang dibuat pada bulan lepas, di mana kesemua projek mega…