Stuntman cedera parah, studio filem Fast & Furious 9 didenda RM4.6 juta

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Anak syarikat Universal Pictures, FF9 Pictures yang bertanggungjawab menghasilkan filem Fast & Furious 9: The Fast Saga, telah didenda USD1 juta (RM4.6 juta) selepas salah seorang pelakon lagak ngeri filem itu cedera parah semasa penggambaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Insiden itu berlaku di studio Warner Brothers di Leavesden, Hertfordshire, pada Julai 2019, ketika Joe Watts sedang merakam adegan pergaduhan.

Joe Watts merupakan salah seorang pelakon lagak ngeri untuk beberapa rancangan dan filem terkenal, di mana dia merupakan stunt double bagi Vin Diesel atau dikenali sebagai Dominic Toretto dalam francais Fast & Furious.

Adegan itu dirakamkan di balkoni dan semasa latihan, Watts sepatutnya dilemparkan ke atas bahu kanan pelakon lain di mana dia telah dipasangkan dengan wayar keselamatan pada jaketnya.

Bagaimanapun, aksi itu berubah semasa penggambaran dan Watts dilemparkan ke atas bahu kiri individu lain.

 

2

 

Disebabkan perubahan itu, Watts yang sepatutnya mendarat dengan selamat di atas tikar pendaratan telah terjatuh setinggi 25 kaki dari atas balkoni dan mendarat di atas konkrit.

Akibat terjatuh pada ketinggian tersebut, Watts mengalami cedera parah yang mengakibatkan tengkoraknya pecah  dan mengalami kerosakan otak.

Seorang Hakim di Mahkamah Majistret Luton mendedahkan bahawa wayar keselamatan yang dipakai oleh Watts tidak diperiksa dan tikar pendaratan tidak diselaraskan untuk penggambaran adegan itu.

BBC turut melaporkan bahawa FF9 Pictures telah mengakui kegagalan kesihatan dan keselamatan di mahkamah pada lewat minggu lalu.

Sebagai info, Watts sebelum ini telah beraksi dalam beberapa filem dan rancangan TV popular, termasuk Star Wars: The Last Jedi, Kingsman: The Golden Circle, Johnny English Strikes Again dan Game of Thrones.