Suami isteri maut Bezza dirempuh van

oleh Mohamad Hanif|
Suami isteri meninggal dunia, manakala dua anak mereka cedera selepas terbabit dalam kemalangan di hadapan sebuah pasar raya di Lebuhraya Cheras-Kajang di sini, hari ini.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 3.59 petang tadi.

"Seramai enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dikejarkan ke lokasi, dan mendapati berlaku kemalangan antara van serta sebuah kereta Perodua Bezza.

"Terdapat empat individu di dalam kereta iaitu sepasang suami isteri serta dua anak mereka masing-masing berusia tujuh dan 14 tahun," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, anggota membantu mengeluarkan suami isteri berkenaan yang disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan.

"Mayat mereka kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kajang untuk bedah siasat.

"Dua anak mereka yang cedera turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan," katanya.

Katanya, pemandu van tidak cedera.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa peringkat…
Berita Domestik
Kejadian berlaku pada 10 Mei lalu sekitar jam 2.30 petang di Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS)…
Informasi
"Tiada lokasi yang dikategorikan sebagai blackspot di Lebuhraya LPT1, tetapi lebih kepada lokasi…