Subaru BRZ Cup Car Basic - beli untuk berlumba dalam litar!

oleh Mohamad Hanif|
Di Jepun, Subaru baharu sahaja melancarkan sebuah varian baharu bagi model kereta sports pacuan roda belakang BRZ, dinamakan sebagai BRZ Cup Car Basic.

Varian yang paling asas ini sebenarnya telah menerima talaan khusus daripada STi untuk digunakan secara eksklusif di dalam litar lumba sahaja bagi menyertai perlumbaan Toyota Gazoo Racing GR86/BRZ Cup musim 2022.

Disebabkan itu, dari kilang Subaru BRZ ini hanya didatangkan dengan rim kompang bersaiz 16 inci, selain tujuh pilihan warna yang disediakan.
 

Subaru BRZ


Disebalik rupa paras yang asas itu, Subaru sebenarnya telah memasang kelengkapan seperti sangkar keselamatan, tali pinggang keledar enam poin untuk pemandu, alas lantai khas, serta komponen beg udara sisi yang telah dibuang.

Dari segi kuasa, enjin asal 2.4 liter boxer aspirasi natural itu mampu menjana kuasa setinggi 232 hp dan 250 Nm, dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan, serta penambahbaikan terhadap komponen limited slip differential dan penambahan sistem penyejukan jenis minyak yang lebih sesuai digunakan di dalam litar.
 

BRZ


Untuk pasaran Jepun, Subaru BRZ Cup Car Basic ini dijual pada harga bermula dari ¥3,338,500 (RM121,053).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Jualan dibuat secara cabutan undi di semua pengedar sah Subaru di seluruh Jepun, bermula 5…
Berita Global
  Di antara edisi sebelum ini seperti BRZ Series.Yellow Special Edition, Series.HyperBlue dan …
Berita Global
Subaru secara khusus menangani model tahun model semasa kereta prestasi mereka itu, dengan versi…