Subaru BRZ Final Edition - 100 unit, untuk pasaran Jerman sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Di Jepun, Toyota telah pun melancarkan versi pengakhiran terhadap kereta sports pacuan roda belakang iaitu Toyota 86 Black Limited dengan produksi dihadkan kepada 86 unit sahaja.

Subaru pula nampaknya mengikuti jejak langkah yang serupa untuk model BRZ dengan melancarkan versi penutup BRZ Final Edition khusus untuk pasaran Jerman. 

Dihadkan unit produksi kepada 100 unit sahaja, Subaru BRZ Final Edition ini ditawarkan dalam warna Crystal Black Silica sebagai warna standard, atau tambah lagi €100 untuk warna Blue Pearl. 

Sistem gantungan pula menggunakan penyerap hentak daripada Sachs manakala rim bersaiz 17 inci menghiasi ruang arca roda dan diakhiri dengan angkup brek berwarna merah. 
 


Tema biru diteruskan di bahagian kokpit dengan penampilan upholsteri kulit dan tempat duduk balutan Alcantara dua tona (biru/hitam), jahitan biru pada stereng, papan pemuka, panel pintu dan juga tombol gear. 

Sama seperti Toyota 86 Black Limited, Subaru BRZ Final Edition masih mengekalkan peranan enjin boxer 2.0 liter aspirasi natural yang menghasilkan 197 kuasa kuda dan 205 Nm, serta transmisi manual enam nisbah kelajuan. 

Untuk mereka yang tidak menggemari klac, versi automatik turut ditawarkan sebagai opsyen dengan tambahan wang sebanyak €1,700. 

Harga jualan di Jerman pula bermula dari €40,270 atau RM191,35 mengikut kadar pertukaran matawang semasa. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Jualan dibuat secara cabutan undi di semua pengedar sah Subaru di seluruh Jepun, bermula 5…
Berita Global
  Di antara edisi sebelum ini seperti BRZ Series.Yellow Special Edition, Series.HyperBlue dan …
Berita Global
Subaru secara khusus menangani model tahun model semasa kereta prestasi mereka itu, dengan versi…