Subaru BRZ tS 2024 - Tujuh Perkara yang Perlu Anda Tahu

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara Subiefest yang berlangsung baru-baru ini, Subaru turut memperlihatkan model sports coupe pacuan roda belakang Subaru BRZ 2024 yang lebih sporti, iaitu BRZ tS.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan laporan daripada MotorTrend, terdapat beberapa perubahan yang dibawakan pada model tS ini.
 

tS


1. tS membawa maksud "Tuned by STi", dan ia juga secara tidak langsung bukanlah varian STI yang lebih 'hardcore'.

Ia pada mulanya hanya ditawarkan dalam 500 unit terhad pada model BRZ yang terdahulu, namun kali ini Subaru menjadikan tS sebagai salah satu trim yang boleh dipilih, dengan menampilkan beberapa ciri eksklusif.
 

tS


2. Ciri eksklusif yang dimaksudkan ialah tayar Michelin Pilot Sport 4, rim aluminium Dark Grey Metallic bersaiz 18 inci, sistem brek Brembo (angkup empat omboh depan/angkup dua omboh belakang) dengan layangan warna emas.
 

Ts


3. Sistem suspensi BRZ tS turut dinaiktaraf.

Jikalau unit terdahulu menggunakan peredam yang disumberkan oleh Sachs, namun kali ini Subaru BRZ tS 2024 menggunakan unit yang dibangunkan oleh Hitachi berdasarkan spesifikasi yang dibekalkan oleh pasukan STI.

Menurut Subaru, sistem suspensi ini mampu menjadikan pemanduan yang lebih mengujakan, terutama ketika sedang melayan hari litar.

4. Tiada sebarang naiktaraf terhadap enjin 2.4 liter yang asal, bermakna Subaru BRZ tS 2024 ini masih lagi mampu menghasilkan kuasa 232 hp dan 250 Nm.
 

TS


5. Subaru bRZ tS merupakan model manual pertama BRZ yang dilengkapi dengan ciri bantuan pemandu termaju Subaru EyeSight.

Ia bakal ditawarkan secara standard untuk semua model BRZ bertransmisi manual untuk model tahun 2024 kelak.
 

YD


6. Selain daripada rim, tayar dan brek Brembo, Subaru BRZ tS 2024 turut mendapat ciri ekskslusif lain seperti perumah cermin sisi, antena sirip jerung hitam berkilat, logo "tS", serta logo BRZ kecil pada unit lampu utama LED.
 

TS


7. Ruang kabin pula dihiasi dengan tema jahitan dan aksen biru pada tempat duduk yang eksklusif untuk trim tS, diikuti dengan logo STI kecil pada butang start/stop dan animasi tema STI pada paparan digital.

Sumber: MotorTrend