Subaru daftar tanda dagang "STe" di Jerman

oleh Mohamad Hanif|
STI, atau Subaru Tecnica International merupakan satu jenama yang sangat sinonim dengan Subaru, di mana ia sebenarnya bermula sebagai divisyen permotoran sebelum ia diterapkan sebagai salah satu trim sporti untuk model-model Subaru.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di Jerman, Subaru dilapor telah mendaftarkan tanda dagang untuk terma dan logo "STe" pada 13 Mac yang lalu.

Penggunaan akronim STe ini memberikan bayangan kuat Subaru mungkin akan menubuhkan sub-jenama baharu untuk model elektrik berprestasi tinggi bagi menggantikan plet nama STI yang digunakan sekian lama.
 

STI E-RA


Jika anda masih ingat, awal tahun yang lalu Subaru ada memperlihatkan sebuah konsep supercar berkuasa 1,000 hp yang dinamakan sebagai STI E-RA Concept.

Baca: Subaru STI E-RA Concept

Serentak dengan itu, mereka turut mengumumkan tiada lagi penawaran model WRX STI untuk generasi sedia ada dengan memberikan alasan "Subaru sedang meneroka peluang untuk Subaru WRX STI generasi berikutnya, termasuklah kemungkinan elektrifikasi."

Baca: Subaru WRX 2022 takkan hadir dalam versi STI

 

solterra


Buat masa ini, Subaru hanya mempunyai sebuah model EV sahaja, iaitu Subaru Solterra.

Namun menjelang tahun 2025, Subaru merancang untuk memperkenalkan beberapa buah EV baharu di pasaran Amerika Syarikat.

Sumber: Motor1