Berdasarkan laporan terdahulu, Subaru telah mengesahkan WRX 2022 bakal membawakan elemen yang diperlihatkan menerusi Viziv Performance Concept 2017.
Tidak banyak informasi yang boleh dikorek daripada gambar teaser tersebut, namun secara asasnya Subaru WRX 2022 bakal mendapat enjin 2.4 liter flat-four (kod FA24F) yang berupaya menghasilkan 300 hp atau 400 hp dalam varian WRX STI.
Kuasa tersebut disalurkan kepada sistem pacuan semua roda Symmetrical AWD, dan padanan sistem transmisi manual enam kelajuan berdasarkan laporan-laporan terdahulu.
Tidak diketahui sama ada Subaru bakal menawarkan opsyen elektrifikasi pada model WRX, namun sekiranya tidak ditawarkan, model Subaru ini berkemungkinan besar tidak akan dilancarkan di pasaran Eropah disebabkan peraturan pelepasan emisi yang semakin ketat.
Tiada sebarang tarikh khusus pelancaran didedahkan oleh Subaru buat masa ini.