Subaru dedah teaser WRX S4 berlogo STI untuk pasaran Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Tidak pun lama selepas pelancaran sedan Subaru WRX 2022 di peringkat global, pihak Subaru Jepun telah memuatnaik sebuah video ringkas yang memberikan gambaran kehadiran model yang dikenali sebagai WRX S4 STI untuk pasaran tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai makluman, pasaran Jepun masih lagi belum menerima kehadiran model WRX generasi baharu itu.

 


Berdasarkan video yang dimuat naik, Subaru WRX S4 membawakan layangan warna jingga yang sama seperti model pasaran US, kit badan yang sama dengan kemasan ala-ala crossover, namun boleh dibezakan dengan kehadiran logo tambahan S4, serta emblem STI berwarna merah pada gril depan dan bahagian belakang.
 

Subaru WRX


Berdasarkan penawaran terdahulu di Jepun, Subaru WRX S4 STI Sport mendapat pelbagai kelengkapan naiktaraf seperti talaan casis, sistem CVT yang dikemaskini dengan penyejuk jenis minyak, serta modifikasi terhadap enjin dan juga ekzos.

Versi standard Subaru WRX 2022 dikuasakan oleh enjin 2.4 liter turbo yang mampu menjana 271 hp dan 350 Nm, di mana pembeli boleh mendapatkan transmisi manual enam kelajuan, atau kotak gear CVT yang dipadankan dengan sistem pacuan semua roda Symmetrical AWD.
 

STI


Pelancaran model baharu ini dijadualkan berlangsung pada bulan Oktober nanti.

Baca: Subaru WRX 2022

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti yang dikatakan, apabila memegang nama STI pasti ada perkakasan istimewa.  Paling asas…
Berita Global
Ketiga-tiga model ini didatangkan dengan pakej STI dengan aksen berwarna merah, perumah cermin sisi…
Berita Global
Dari segi rupa luaran, Subaru WRX S4 membawakan rekaan yang hampir serupa dengan model WRX yang…