Subaru dedah video perincian rekaan Solterra EV

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang kita semua maklum, kerjasama di antara Toyota dan Subaru turut tertumpu kepada penghasilan crossover elektrik.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Toyota telah pun memperlihatkan rekaan sebenar crossover bZ4X, namun Subaru masih lagi setia mendedahkan teaser kepada kembar bX4X yang dinamakan sebagai Solterra EV.

Nama Solterra itu diambil daripada gabungan dua perkataan Latin, iaitu Sol (Matahari) dan Terra (Bumi) sebagai 'satu penghargaan' kepada alam semula jadi dan ia juga menggambarkan komitmen Subaru di dalam menawarkan keupayaan SUV tradisional Subaru di dalam pakej elektrik sepenuh masa.

 


Menerusi video ringkas yang dimuatnaik, Subaru memperlihatkan gandingan Solterra bersama alam sekitar yang diiringi ciapan burung, tiupan angin serta aliran air terjun.

Selain daripada rekaan bahan belakang, Subaru turut memperlihatkan bahagian hadapan yang masih lagi terlindung reka bentuknya, namun ia menampilkan unit lampu utama yang terdiri daripada empat unit projektor LED berbentuk segi empat, namun dengan rekaan yang sedikit berbeza berbanding Toyota bZ4X.
 

Solterra


Reka bentuk ruang kabin pula membawakan susun atur yang lebih kurang sama seperti Toyota bZ4X, terdiri daripada skrin kluster digital yang duduk tinggi, diikuti dengan skrin infotainmen tengah yang besar serta penampilan pad sesentuh pada konsol tengah.

Setakat ini, Subaru (dan juga Toyota) masih lagi belum mendedahkan secara rasmi spesifikasi EV pertama mereka, selain konfigurasi motor elektrik berkembar yang menawarkan sistem pacuan semua roda (AWD).

Namun, apa yang pasti, unit trenkuasa elektrik itu merupakan hasil pengalaman daripada Toyota, manakala sistem pacuan semua roda pula menggunakan kepakaran daripada Subaru.
 

Solterra


Subaru Solterra EV bakal dijual pada tahun depan sebagai model tahun 2023, dan berkemungkinan besar pelancaran rasmi akan berlangsung menjelang akhir tahun ini.

Ini kerana Toyota juga turut merancang untuk melancarkan model bZ4X sebelum akhir tahun ini dan memulakan penjualan crossover elektrik pada pertengahan tahun 2022.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Memperkenalkan, Subaru Solterra 2023.   Rupa parasnya sememangnya mengingatkan kita kepada model…
Berita Global
Lebih dikenali sebagai Subaru Evoltis sebelum ini, Subaru Solterra juga dibangunkan atas platform e…