Subaru Forester generasi kelima dengan ciri EyeSight - bermula dari RM140 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira setahun selepas pengenalan buat kali pertama Subaru Forester generasi baharu bertempat di Taiwan, dan juga di Singapore Motorshow awal tahun yang lalu, akhirnya TC Subaru Sdn Bhd membawa masuk SUV tersebut secara rasmi untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model yang diimport sepenuhnya dari kilang pemasangan Subaru di Thailand itu ditawarkan dalam tiga varian utama, termasuklah satu varian Premium yang dilengkapi dengan ciri EyeSight. 

Casis Forester generasi kelima ini dibangunkan menggunakan Subaru Global Platform yang menawarkan casis yang lebih selamat, tegap, kurang gegaran dan kurang bunyi bising, sekaligus menawarkan lebih keselesaan. 

Ia juga mampu meningkatkan kadar penyerapan pelanggaran ketika kemalangan sebanyak 40 peratus dan mengurangkan kadar olengan badan sebanyak 50 peratus. 
 


Dipacu menggunakan enjin empat silinder bentangan boxer 2.0 liter yang mampu menjana 156 PS dan daya kilas 196 Nm yang dipadankan dengan transmisi CVT Lineartronic yang sememangnya lancar dan sesuai untuk semua jenis pemanduan. 

Kuasa tersebut disalurkan kepada semua roda menerusi sistem pacuan Symmetrical AWD dengan ciri Active Torque Split yang membolehkan pemandu mengawal kenderaan dengan lebih baik terutama di kawasan selekoh. 

Ciri X-Mode yang menjadi kelaziman pada model SUV Subaru turut dibawakan pada Forester 2019 yang memberikan prestasi pemanduan yang lebih terkawal terutama ketika pemanduan off-road yang ringan. 

 


Seperti yang kami bawakan pada tahun lalu, ciri EyeSight merupakan antara tarikan utama untuk Forester 2019 varian tertinggi yang merangkumi ciri seperti:

  • sistem brek automatik pra-pelanggaran
  • sistem kawalan pendikit
  • amaran pergerakan kenderaan hadapan
  • kawalan pemanduan adaptif
  • amaran penukaran laluan dan amaran tersasar laluan
  • sistem pengesan lintasan kenderaan belakang

Manakala ciri standard yang dilengkapkan pada varian-varian yang lain adalah:

  • tujuh beg udara
  • ABS dan EBD
  • Bantuan Brek
  • Brake Override
  • cagak ISOFIX
     


Dimensi yang dibawakan pada Subaru Forester 2019 sememangnya satu ciri yang sukar untuk ditolak oleh golongan sasaran, seperti jarak kelegaan tanah 220 mm, ruang kargo 1,775 liter serta rel bumbung yang didatangkan sebagai ciri standard untuk kegunaan keluarga.

Terima kasih kepada penggunaan pelantar Subaru Global Plaform, jarak antara roda juga kini lebih panjang 30 mm berbanding generasi terdahulu, memberikan lebih ruang kaki untuk keselesaan penumpang di belakang. 

Antara ciri lain yang ditawarkan termasuklah: 

  • sistem infotainmen skrin sentuh bersaiz 8 inci dengan 6 unit pembesar suara
  • sistem navigasi
  • slot kuasa USB, port HDMI dan port Aux
  • slot pengecasan USB berkembar di tengah konsol
  • corong pendingin hawa untuk penumpang belakang
  • sistem pendingin hawa dua zon dengan penapis habuk
  • corong pemanas untuk penumpang belakang


Didatangkan dalam tiga varian, berikut merupakan harga jualan rasmi yang ditawarkan oleh TC Subaru Sdn Bhd

  • Subaru Forester 2.0i-L - RM139,788
  • Subaru Forester 2.0i-S - RM149,788
  • Subaru Forester 2.0i-S EyeSight - RM159,788

Tujuh warna ditawarkan untuk Subaru Forester 2019 seperti Crystal White Pearl, Ice Silver Metallic, Jasper Green Metallic, Horizon Blue Pearl, Sephia Bronze Metallic, Dark Grey Metallic dan Crystal Black Silica. 

Setiap Forester 2019 didatangkan dengan jaminan menyeluruh selama lima tahun atau 100,000 km yang mana terdahulu. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sejak dari tahun 2020, Subaru telah pun berkerjasama dengan Japanese Lifesaving Association (JLA)…
Berita Global
Sebaliknya, Forester STI Sport ini menampilkan rupa paras yang lebih sporti, serta penggunaan…
Berita Domestik
Buat para pembeli Subaru Forester, TC Subaru menawarkan rebat lebih daripada RM36,999 yang…