Subaru Forester GT Edition rasmi dilancarkan - varian 2.0i-S EyeSight, harga dari RM178k

oleh Mohamad Hanif|
Sebuah lagi penawaran baharu yang dibawakan oleh Subaru Malaysia iaitu Subaru Forester GT Edition yang merupakan model edisi khas kedua GT Edition selepas pelancaran XV GT Edition.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sebagai makluman, GT Edition merupakan hasil kerjasama rapat bersama syarikat kejuruteraan Giken Co. Ltd dan juga Masahiko 'Jack' Kobayashi selaku bekas ketua unit rekaan Subaru Corporation dan bertanggungjawab terhadap rekaan dalaman 12 model Subaru, termasuklah WRX STI.

 


Model Subaru Forester GT Edition kini didatangkan dengan empat elemen yang mampu menaikkan seri SUV supaya lebih sporti seperti:

  • penambahan lip bumper hadapan
  • skirt sisi
  • spoiler bumbung
  • penambahan lip bumper belakang

Selain daripada itu, model GT Edition ini turut menerima set rim aloi bersaiz 18 inci.

 


Manakala ruang dalaman pula diserikan dengan upholsteri balutan kulit, sistem infotainmen dengan skrin paparan bersaiz 8 inci, sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto, serta ciri paparan keliling Superview Around Recognition 360 System yang memudahkan urusan parkir dan pengendalian di ruang sempit.

Warna luaran pula ditawarkan dalam tujuh pilihan iaitu Crystal White Pearl, Ice Silver Metallic, Jasper Green Metallic, Horizon Blue Pearl, Sepia Bronze Metallic, Dark Grey Metallic dan Crystal Black Silica.

 


Terdapat dalam satu varian tunggal sahaja, Subaru Forester 2.0i-S EyeSight GT Edition ini boleh ditempah dengan harga jualan dari RM177,788.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Tiada perubahan dari segi mekanikal, bermakna Subaru Forester 2023 facelift ini masih lagi…