Subaru Impreza 2024 – hatchback & CVT sahaja, bentuk badan sedan, transmisi manual digugurkan

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di Los Angeles Auto Show 2022, Subaru akhirnya melancarkan model generasi baharu Subaru Impreza 2024, namun dengan dua berita sedih.

Yang pertama, Subaru Impreza tidak lagi didatangkan dalam bentuk badan sedan, dan yang kedua, penawaran transmisi manual turut digugurkan.

Ini bermakna, generasi baharu Impreza hanya boleh didapati dalam versi hatchback dan transmisi CVT Lineartronic sahaja.
 

Impreza


Secara luaran, ia banyak berkongsi elemen rekaan dengan Subaru Crosstrek di mana unit lampu yang lebih tajam, jeriji hadapan heksagon, diikuti dengan unit lampu belakang berbentuk C.

Casis Impreza 2024 ini dikatakan 10 peratus lebih tegar, dengan sistem pacuan semua roda yang telah ditambahbaik, serta rak stereng dual-pinion elektronik yang menawarkan respons dan pengendalian yang lebih asli.

Subaru membawakan dua pilihan enjin, dimulakan dengan nadi boxer 2.5 liter yang mampu menjana kuasa 182 hp dan 241 Nm, diikuti dengan nadi 2.0 liter menghasilkan 152 hp dan 197 Nm.
 

impreza


Buat pertama kalinya, Subaru memperkenalkan semula varian RS yang berprestasi tinggi,.

Varian RS ini didatangkan dengan nadi 2.5 liter yang disebutkan tadi, sistem suspensi sport, brek yang lebih besar, rim aloi kelabu gelap 18 inci, pedal aluminium, unit lampu LED, serta sistem audio Harman Kardon 10 pembesar suara.
 

impreZA


Mereka yang mahukan varian yang sporti pada harga yang lebih mampu milik boleh mendapatkan Impreza Sport dengan sistem suspensi sport, brek yang lebih besar, rim aloi 18 inci serta enjin 2.0 liter.

Varian asas Impreza turut tersedia tanpa ciri yang disebutkan di atas, namun ia masih didatangkan standard dengan kelengkapan keselamatan Subaru Eyesight.
 

IMPREZA


Ruang dalaman pula membawakan ciri seperti tempat duduk yang lebih ergonomik, kerusi belakang boleh dilipat nisbah 60/40, sistem kawalan iklim pintar, skrin infotainmen 11.6 inci, serta sokongan Apple CarPlay dan Android Auto secara nirwayar.

Subaru Impreza 2024 dijangka tiba di pengedar pada musim bunga tahun depan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun untuk makluman ia masih lagi belum dilancarkan secara rasmi di tanah tumpahnya minyak hitam…