Subaru sahkan Evoltis untuk pasaran Eropah, guna platform e-TNGA

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada Toyota yang bakal memperkenalkan SUV elektrik baharu, rakan teknikalnya Subaru juga turut mengesahkan bakal hadir dengan crossover elektrik baharu untuk pasaran Eropah dalam masa terdekat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malangnya, tidak banyak informasi yang didedahkan buat masa ini, kecuali model tersebut bakal diperkenalkan pada tahun hadapan sebagai model tahun 2022 dan dibangunkan atas platform yang dikongsi bersama Toyota (e-TNGA).

 


Berdasarkan laporan terdahulu, platform e-TNGA ini akan turut digunakan bagi membangunkan sehingga enam model berbeza, di mana kerjasama dengan Subaru bakal menghasilkan sebuah SUV bersaiz sederhana yang digelar sebagai Evoltis.

Platform yang fleksibel ini juga akan turut digunakan bagi menghasilkan sedan dan crossover di dalam segmen C dan D, serta terdapat di dalam konfigurasi pacuan roda hadapan, pacuan roda belakang serta pacuan semua roda AWD.

 


Selain daripada itu, senibina Toyota+Subaru ini juga mampu memuatkan pek bateri berkapasiti bermula dari 50 kWh sehingga 100 kWh, dan membenarkan jarak operasi yang mampu mencecah sehingga 600 km untuk sekali caj penuh.

Subaru Evoltis berkemungkinan besar akan muncul secara rasmi pada acara Tokyo Motor Show, tahun hadapan.