Subaru tamatkan operasi CKD di Malaysia, bakal diimport dari Jepun

oleh Firdaus Razani|
Bursa Saham Hong Kong, Tan Chong International Limited (TCIL) dan Subaru Corporation baharu sahaja mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan operasi pemasangan tempatan (CKD) di Asia Tenggara.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Mulai 2025, semua kenderaan Subaru di Malaysia, Thailand, Vietnam dan Kemboja akan diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun.

“Selepas membuat pertimbangan yang teliti, TCIL dan Subaru Corporation telah bersama-sama memutuskan untuk menjalani transformasi perniagaan yang proaktif dengan menamatkan perniagaan model CKD sedia ada secara berperingkat.”

Mereka percaya bahawa operasi CKD tidak lagi mampan dalam jangka panjang.

“Walaupun langkah itu terpaksa diambil, namun kedua-dua pihak akan terus meneroka jalan perniagaan tambahan yang berdaya maju bersama-sama dalam pasaran ini,” dalam kenyataan kemas kini terbabit.

Tan Chong Motor Assemblies (TCMA) anak syarikat bagi Tan Chong Motor Holdings (TCMH) di Segambut bertanggungjawab memasang XV generasi kedua untuk pasaran tempatan dan eksport.

Sebelum ini, syarikat terbabit juga memasang Forester generasi keempat, dan selepas itu model generasi kelima dipasang pula di Thailand.

Pada tahun 2017, TCIL dan Subaru Corporation telah membentuk usahasama iaitu Tan Chong Subaru Automotive (Thailand), untuk memasang kenderaan Subaru di Thailand.

“TCIL dan Subaru Corporation yakin keputusan strategik ini akan meletakkan Subaru untuk terus berjaya dalam pasaran dinamik ini.

Ketika TCIL memulakan lembaran baharu ini bersama-sama dengan Subaru Corporation, kedua-dua TCIL dan Subaru Corporation kekal teguh dalam komitmen mereka untuk menyampaikan nilai luar biasa kepada pelanggan, rakan kongsi dan pihak berkepentingan,” kata kenyataan itu lagi.

 

SUMBER : Paultan

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pecutan dari 0 sehingga 96 kilometer sejam (km/j) mengambil masa kurang daripada lima saat.…
Berita Global
Subaru Levorg V-SPORT   Buat pelanggan di Jepun yang mahukan nadi lebih kecil, Subaru baru…
Berita Global
  Hasil dari tumpuan kepada pelanggan AS diterjemahkan kepada siri Wilderness yang tampil lasak…