Subaru tangguh operasi pemasangan di Jepun disebabkan kekurangan cip

oleh Mohamad Hanif|
Subaru merupakan pengeluar automotif yang terjejas akibat masalah kekurangan bekalan cip semikonduktor yang kian meruncing di peringkat global.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam perkembangan terbaharu, syarikat Jepun itu akan menghentikan sementara produksi di kesemua tiga kilangnya di Negara Matahari Terbit itu (fasiliti Gunma, Yajima dan Oizumi) selama empat hari bekerja bermula 7 September ini.

Fasiliti Gunma dan Yajima merupakan lokasi utama pemasangan barisan model kenderaan Subaru, sementara kilang Oizumi pula digunakan untuk membina transmisi dan juga enjin.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Subaru masih lagi belum dapat menentukan impak kewangan kesan daripada penutupan kilang ini.
 

Toyota


Rakan teknikalnya, Toyota turut sama terjejas di mana mereka akan mengurangkan output global sebanyak 40 peratus, dengan menghentikan sementara operasi 15 kilang produksi di Jepun pada bulan ini.

Sebelum ini, Toyota masih mampu untuk meneruskan operasi produksi disebabkan pengeluar itu mengambil langkah menyimpan stok bekalan cip sehingga enam bulan - mengambil iktibar daripada tragedi nuklear Fukushima pada tahun 2011.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, dalam satu perkembangan terbaharu, pengeluar automotif Jerman itu menjangkakan krisis…
Berita Global
Masalah tersebut berpunca daripada gangguan bekalan yang disebabkan oleh serangan Russia ke atas…
Berita Global
Ini kerana eksekutif Kumpulan Volkswagen mendakwa, mereka tidak menjangkakan masalah tersebut akan…