Subaru tayang Forester hibrid, Forester GT Edition dan Impreza facelift di Singapura

oleh HEZERI SAMSURI|
Motor Image, pengedar rasmi Subaru di 10 negara di Asia telah menampilkan beberapa model baharu di Pameran Kenderaan Singapura yang dibuka secara rasmi hari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun kesemuanya bukan model yang serba baharu, tetapi ia menampilkan perubahan-perubahan yang menarik.

Subaru Forester e-Boxer

SUV popular Forester kini hadir dengan sistem mild-hibrid.

Ia menggunakan motor elektrik yang menambah tenaga melalui transmisi. Tidak seperti teknologi Mild-Hybrid pada Nissan Serena S-Hybrid, Forester e-Boxer mempunyai sebuah bateri lithium ion yang disembunyikan di bawah lantai tempat barang (menjadikan ia 11 liter lebih kecil).

Sistem e-Boxer, walaupun dikategorikan sebagai mild-hybrid, masih boleh menawarkan tiga mod pemanduan - EV (elektrik sahaja), enjin dan Motor Assist (enjin dan elektrik). 

 

 

Masih mengekalkan ciri-ciri Symmetrical All-Wheel-Drive, Forester e-Boxer ini mendapat tambahan tenaga sebanyak 3 hp tetapi daya kilas turun sebanyak 7 Nm. 

Penggunaan bahanapi ialah 6.7L/100km. Tenaga elektrik akan masuk untuk membantu ketika kenderaan mula hendak bergerak atau ketika pemanduan di bandar yang sesak.

Careta sempat memandunya di kawasan parkir semalam dan mendapati ia tidak banyak berbeza dari model bukan hibrid. Dari luaran, cuma ada beberapa lencana e-Boxer kelihatan.

Ruang enjin juga tidak menampakkan ia hibrid sementara di bahagian kabin, hanya jarum meter yang mempunyai sedikit warna biru memberikan klu fizikal ia adalah hibrid. 

Forester e-Boxer juga dilengkapkan dengan sistem keselamatan EyeSight Driver Assist Technology yang mengandungi fungsi-fungsi ini:

  1. Pre-Collision Braking
  2. Pre-Collision Throttle Management
  3. Adaptive Cruise Control
  4. Lead Vehicle Start Alert
  5. Lane Departure Warning
  6. Lane Sway Warning

 

 

Subaru Forester GT Edition

Sekali lagi kepakaran Masahiko Jack Kobayashi dari Giken Co. Ltd digunakan untuk menghasilkan Subaru yang lebih cantik (yang pertama ialah XV GT Edition).

Varian Forester ini dilengkapkan dengan aero kit istimewa yang terdiri dari empat komponen:

  1. Lip tambahan pada bahagian bawah bamper hadapan
  2. Skirting sisi
  3. Spoiler bumbung di belakang
  4. Lip tambahan pada bahagian bamper belakang

 

 

Ia menjadikan Forester ini nampak lebih ranggi dan sporti. 

Seperti Forester e-Boxer hibrid, Forester GT Edition datang dengan paparan baharu 8-inci lengkap dengan Apple Car Play serta Android Auto. 

Di Malaysia, Forester dan XV akan menerima headunit dengan Apple Car Play dan Android Auto untuk model update dalam pertengahan tahun ini.

 

 

Ia juga dilengkapi dengan sistem kamera 360-darjah yang mempunyai mod 3D.

Roda aloi yang diberikan juga unik untuk GT Edition dan bahagian kabin menggunakan konsep grand tourer dari Jerman dan Britain.

 

 

Subaru Impreza Facelift

Impreza model 2020 ini menerima sedikit pembaharuan.

Ia mempunyai bamper depan dan belakang yang baharu dan lampu hadapan jenis LED yang juga baharu.

Lampu belakang menerima sentuhan "black-out" agar nampak lebih agresif (untuk varian hatchback) sementara roda aloi 17-inci juga lebih menarik.

Sistem gantungan menerima talaan baharu dan fungsi mod pemanduan SI-Drive juga sudah ada pada Impreza ini.

 

 

Tidak dapat dipastikan samada varian-varian baharu ini akan hadir di Malaysia tetapi Careta berpendapat adalah sedikit sukar untuk menjual Forester e-Boxer hibrid di Malaysia jika ia diimport terus dari Jepun atau Thailand.

Insentif EEV yang juga membabitkan kenderaan EV dan hibrid hanya akan diberikan sekiranya kenderaan tersebut dipasang secara tempatan.

Singapura mengamalkan pasaran terbuka untuk automotif kerana mereka tidak mempunyai industri automotif yang selengkap Malaysia, Thailand dan Indonesia.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia termasuklah dari apa yang kita lakukan di atas jalan raya, di mana kita perlu berkongsi antara…
Berita Global
Kamera lampu merah yang ditempatkan di simpang jalan raya terpilih akan digunakan untuk mengesan…
Informasi
  Dalam satu kenyataan, ICA berkata pengembara juga memerlukan pasport mereka untuk pengesahan…