Subaru, Toyota bakal perkenal model baharu bulan depan, adakah GR 86?

oleh Mohamad Hanif|
Subaru dan Toyota kini merancang untuk memperkenalkan sebuah lagi model baharu berdasarkan sebuah gambar teaser yang didedahkan baru-baru ini.

Difahamkan, model baharu yang dibangunkan bersama itu akan diperkenalkan pada 5 April ini dengan tagline "Let's make ever-better cars together".

Acara pengenalan itu akan diadakan secara dalam talian dan bakal membariskan presiden Gazoo Racing, Koji Sato dan Ketua Pegawai Teknikal Subaru, Tetsuro Fujinuki.

Ini memberikan petunjuk bahawa model yang bakal diperkenalkan bulan depan merupakan 'kembar' kepada Subaru BRZ, iaitu GR 86.

Maklumat lanjut hanya akan diketahui menjelang pengenalan rasmi pada bulan depan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dua konsep STI dua hala tuju Dalam pameran kali ini Subaru memperkenalkan dua model konsep…
Berita Global
SUV Kompak Serba Boleh Subaru REX direka untuk memberikan pengalaman pemanduan yang selesa dalam…
Berita Global
Showroom Jadi Ruang Sosial Menurut laporan, Subaru of America bercadang menjadikan setiap pusat…