SUBARU, TOYOTA BERSAMA UNTUK HASILKAN 3 EV SUV

oleh Firdaus Razani|
Menurut laporan Automotive News, Subaru merancang untuk melancarkan tiga SUV elektrik baharu yang dibangunkan bersama Toyota menjelang 2026.

Tidak seperti kebanyakkan jenama lain yang ke arah elektrifikasi atau tenaga baharu, Subaru kini agak lambat untuk kearah tersebut dan hanya melancarkan satu model EV iaitu Subaru Solletra.

 

subaru

 

Bagi mengelak risiko, Ketua Pegawai Eksekutif Subaru, Atsushi Osaki berkata mereka perlu bersama Toyota bagi mengharungi landskap EV yang tidak menentu.

Menurut beliau “Pada masa ini, agak sukar untuk meramalkan bagaimana keadaan akan berlaku dari sini dengan EV,"

"Kami telah mengadakan perbincangan dengan Toyota dan telah bersetuju bahawa adalah lebih baik untuk mengurangkan risiko melalui pembangunan bersama." kata Osaki.

Kos penyelidikan dan pembangunan yang digunakan untuk mencipta EV dari awal adalah besar dan Subaru tidak mempunyai bajet untuk dibelanjakan seperti beberapa pemain automotif yang lebih besar, jadi ia bersandar pada Toyota untuk mengagihkan beberapa kos.

 

Laporan lanjut di InsideEVs

Berita Berkenaan

Berita Global
Peningkatan Kemudahan dan Keselamatan     Salah satu ciri utama Stella generasi keempat adalah…
Berita Global
  Di Malaysia, pengguna juga dapat menikmati teknologi elektrifikasi melalui Perodua Ativa Hybrid…
Berita Global
Persoalannya: adakah Subaru akhirnya akan membina semula WRX STI? Atau mungkin memperkenalkan…