Subaru, Toyota dan Mazda perkasa enjin pembakaran dalaman, ke arah neutral karbon (enjin masih ada masa depan!)

oleh Muhammad Md Tajudin|
Multipathway Workshop 2024
Multipathway Workshop 2024
Berbanding kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman (ICE), jualan kenderaan elektrik bateri (BEV) masih lagi kecil.

Kecil namun semakin membesar dibantu oleh polisi pemerintah selain penawaran menarik dari pengeluar.

Pengguna juga mahu beralih dari bahan api fosil kepada tenaga elektrik.

Tidak dinafikan timbul pelbagai perdebatan mengenai peralihan teknologi dan pada masa yang sama apa nasib ICE dan keseluruhan ekosistem? 
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024
Subaru Crosstrek equipped with the next-generation hybrid system (prototype) by SUBARU CORPORATION

 

Bagaimana dengan mata pencarian pekerja? Di dalam peralihan ini, semua pihak perlu berpijak di bumi yang nyata. 

Kesemua perkakasan ICE menghasilkan wang dari awal sehingga akhir. Tidak semudah mengatakan nanti wujud peluang pekerjaan baharu.

Tahukah anda? BEV dengan teknologi regeneratif tidak memerlukan pad brek kerap ditukar seperti biasa.

Tahukah anda? Berapa ramai pekerja yang bergantung hidup kepada pad brek kereta?

 

Multipathway Workshop 2024

 

Di sebalik peralihan teknologi, beberapa pengeluar kereta dari Jepun mempunyai pandangan berbeza. Mereka sedar mengenai kepentingan ICE kepada manusia dan ekonomi.

Terbaru Subaru, Toyota dan Mazda mengumumkan mereka komited dalam membangunkan enjin baharu yang disesuaikan mengikut elektrifikasi dan ke arah neutral karbon.

Pengumuman itu dibuat di dalam acara Multipathway Workshop dan ketiga-tiga syarikat mempertontonkan teknologi enjin masing-masing.

Ketiga-tiga syarikat menyasarkan untuk mengoptimumkan penyepaduan enjin masing-masing dengan motor, bateri dan unit pacuan elektrik lain.

 

Prototype vehicle with 1.5L in-line 4-cylinder engine in development by Toyota Motor Corporation

 

Selain menghasilkan enjin lebih kompak, usaha tersebut juga akan menyahkarbon ICE dengan menjadikan enjin tersebut sesuai untuk menggunakan pelbagai bahan api neutral karbon.

Bahan api neutral karbon (CN) merujuk kepada bahan api dengan pelepasan sifar karbon dioksida ke atmosfera sepanjang kitaran hidup, dari pengeluaran sehingga penggunaan.

Di antaranya e-fuel yang dibuat daripada hidrogen dan karbon dioksida dan bahan api biologi bersumberkan biojisim (tumbuh-tumbuhan dan lain-lain).

Ke arah nyahkarbon, ketiga-tiga syarikat telah menumpukan perhatian dengan menganggap karbon sebagai 'musuh' dan membuka sempadan baharu.

 

2.0L in-line 4-cylinder engine in development by Toyota Motor Corporation

 

Pemikiran tersebut telah memacu usaha bagi memastikan masa depan rantaian pembekalan dan pekerjaan yang berpaksi pada enjin.

Usaha paling yang paling mudah dilihat ialah melalui perlumbaan dengan kereta janaan cecair hidrogen dan bahan api CN.

Seperti kata-kata yang digunakan orang muda sekarang "Mereka tidak kosong". 

Selain bercekapan tinggi dan berkuasa, enjin baharu nanti akan merevolusikan pakej sesebuah kenderaan dengan menjadi lebih kompak berbanding sekarang.

 

1 ROTOR ROTARY-EV SYSTEM CONCEPT by MAZDA Corporation

 

Enjin yang lebih kecil membolehkan tukup dibuat lebih rendah dengan membuka kemungkinan rekaan baharu dan prestasi aerodinamik.

Ciri tersebut juga dapat menyumbang kepada penggunaan bahan api lebih baik. Pembangunan nadi itu turut mengambil kira undang-undang emisi yang semakin ketat.

Seperti yang dikatakan, enjin baharu akan dijadikan neutral karbon dengan beralih dari bahan api fosil kepada pelbagai pilihan seperti e-fuel, bahan api biologi dan cecair hidrogen.

Ringkasnya, tiga pengeluar Jepun ini mahu menyelamatkan ICE melalui bahan api yang lebih mesra alam. Mereka juga berfikiran realistik.

 

 2 ROTOR ROTARY-EV SYSTEM CONCEPT by MAZDA Corporation

 

Pakatan sesama mereka telah lama terjalin dengan Toyota mempunyai pegangan saham di dalam Subaru dan Mazda.

Berikut rangkaian kuasa yang ditunjukkan di Multipathway Workshop:

  1. Sistem hibrid generasi baharu dari Subaru dan dilengkapi pada Crosstrek
  2. Enjin 1.5 liter dan 2.0 liter yang sedang dibangunkan Toyota
  3. Sistem konsep EV dengan rotor tunggal dan dua rotor dari Mazda

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Multipathway Workshop 2024

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Berbeza dengan Airslayer yang melakonan pelbagai watak di dalam skrin dan litar lumba, Project…
Berita Domestik
Mulai 2025, semua kenderaan Subaru di Malaysia, Thailand, Vietnam dan Kemboja akan diimport…
Berita Global
Tidak seperti kebanyakkan jenama lain yang ke arah elektrifikasi atau tenaga baharu, Subaru kini…