Subaru WRX 2024 Amerika Syarikat, 5 varian termasuk WRX TR, daripada RM152 ribu!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Subaru WRX TR 2024
Subaru WRX TR 2024
Model berprestasi yang bersambung sejak lebih dua dekad lalu terus ditawarkan di Amerika Syarikat.

Subaru WRX 2024 ditawarkan dalam lima varian iaitu Base, Premium, Limited, TR dan GT.

Seperti biasa, WRX dibekalkan enjin Boxer turbo dengan sesaran 2.4 liter yang menghasilkan 271 kuasa kuda (hp) pada 5,600 rpm dan tork 350Nm dari 2,500 sehingga 5,200 rpm.

Juga seperti biasa, pemanduan di atas tar atau tanah dipacu sistem semua roda Symmetrical All-Wheel Drive dan dilengkapi Active Torque Vectoring.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Subaru WRX TR 2024

 

Kotak gear manual enam kelajuan dijadikan ciri asas pada semua varian kecuali GT yang menggunakan kotak gear CVT Subaru Performance Transmission (SPT).

Kotar gear sama turut ditawarkan pada Premium dan Limited. Nisbah gear transmisi manual dioptimumkan dan kualiti tukaran gear turut dipertingkatkan.

Kotak gear SPT pula menawarkan tukaran atas dan ke bawah dengan lebih pantas. 

 

Subaru WRX TR 2024

 

SPT dilengkapi kawalan suai tukaran bagi memberi tindak balas pantas dengan padanan rev ketika gear diturunkan semasa pembrekan di selekoh.

Fungsi itu mengekalkan nisbah berpadanan semasa melalui dan keluar dari selekoh.

WRX 2024 dibangunkan dari Subaru Global Platform dengan pemanduan dan pengendalian yang dipertingkat hasil casis lebih tegar berbanding sebelum ini.

 

Subaru WRX TR 2024

 

Binaan casis itu terdiri daripada kerangka dalam penuh dan penggunaan perekat struktur secara strategik.

Ketegaran sisi depan meningkat 14 peratus dan sudut cagak ampaian melonjak 75 peratus berbanding WRX sebelum ini. 

Subaru turut menambah pengukuhan struktur pada lantai dan kawasan ampaian.

 

Subaru WRX TR 2024

 

Dari segi rekaan, WRX 2024 seperti sebelumnya dikenali dengan skup udara dan membawa jeriji bentuk enam segi.

Varian WRX Premium dan ke atas dipasang spoiler kecil pada but.

Pada bahagian dalam, WRX dilengkapi sistem SUBARU STARLINK Multimedia Plus 11.6 inci dan boleh dihubungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

SUBARU STARLINK Safety and Security juga dijadikan ciri asas pada semua varian.

 

Subaru WRX TR 2024

 

Teknologi bantuan pemanduan EyeSight dijadikan ciri asas dan buat kali pertama dilengkapi pada model manual.

WRX manual dilengkapi Kawalan Suai Pandu Termaju dengan Penengahan Lorong, Brek Kecemasan Automatik, Pencegahan Lencongan dan Bantuan Brek Pra Pelanggaran.

Model SPT mempunyai tambahan Pengurusan Pendikit Pra Pelanggaran.

 

Subaru WRX TR 2024

 

Ciri-ciri Subaru WRX 2024 mengikut varian:

WRX

  • Skrin sentuh 11.6 inci dengan sistem SUBARU STARLINK Multimedia Plus
  • Lampu Permulaan, kemasukan tanpa kunci
  • Lampu besar LED automatik dengan Bantuan Lampu Alur
  • Tayar musim panas dengan rim aloi 17 inci
  • Manual enam kelajuan
  • Daya Tolakan Mendaki
  • AS$32,735 (RM152,324)

WRX Premium

  • Rim aloi 18 inci, tayar musim panas berprestasi
  • Kerusi depan dengan pemanas, lampu kabus LED
  • Pengelap cermin dengan penyahais
  • Pedal aluminium-aloi
  • Kemasukan tanpa kunci dengan Butang Penghidup
  • USB-A dan USB-C (input/cas) untuk penumpang depan, USB-A dan USB-C (cas) untuk penumpang belakang
  • Spoiler but sama warna
  • Pilihan tambahan 11 pembesar suara Harman Kardon® dengan amplifier 504 watt, bumbung kaca moonroof
  • AS$34,635 (RM161,166) - manual
  • AS$35,985 (RM167,447) - SPT, pedal tukaran gear 8 kelajuan tetapan awal, SI-Drive Engine Performance Management dan Auto Vehicle Hold

WRX Limited

  • 11 pembesar suara Harman Kardon® dengan amplifier 504 watt
  • Sistem Multimedia Navigasi SUBARU STARLINK 11.6 inci dengan navigasi pengaktifan suara TomTom®
  • Kerusi pemandu dengan 10 larasan berkuasa
  • LED Steering Responsive Headlight, bumbung kaca (moonroof), balutan kulit dengan sulaman merah
  • Pelindung cermin sisi warna badan dengan lampu isyarat
  • AS$39,015 (RM181,564) - manual
  • AS$40,565 (RM188,789) - SPT

WRX TR

 

  • Sistem pembrekan Brembo dengan angkup depan enam omboh, angkup belakang dua omboh, cakera, pad dan silinder induk brek lebih besar
  • Pegas gegelung lebih tegar dengan kadar redaman baharu
  • Stereng talaan baharu
  • Kerusi depan Recaro® Performance Design, balutan Ultrasuede® hitam dan kelabu, sulaman merah
  • Kerusi pemandu dengan lapan larasan berkuasa
  • Rim aloi 19 inci, tayar musim panas berprestasi Bridgestone Potenza S007
  • Tanpa bumbung kaca
  • AS$41,655 (RM193,893) - manual

WRX GT

 

  • Diasaskan dari WRX Limited
  • Panel dibalut Ultrasuede dengan sulaman merah
  • Kerusi depan Recaro® Performance Design
  • Kerusi pemandu dengan lapan larasan berkuasa
  • Rim aloi 18 inci
  • Suspensi talaan sporti dengan Kawalan Pemanduan Boleh Laras dan tetapan Comfort, Normal dan Sport
  • AS$44,215 (RM205,805) - SPT

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Subaru WRX TR 2024