Subaru WRX Project Midnight, raksasa empat roda

oleh Muhammad Md Tajudin|
Subaru WRX Project Midnight
Subaru WRX Project Midnight
Subaru Motorsports USA secara rasminya memperkenalkan Project Midnight, WRX paling pantas dan terlaju setakat ini dan dibawa ke festival Goodwood 2024.

Project Midnight dibangunkan untuk satu matlamat iaitu kelajuan. Project Midnight dicetuskan dari sebuah lagi ikon iaitu Airslayer yang memegang watak di dalam Gymkhana 2020.

Jika Airslayer dipandu Travis Pastrana, Project Midinight pula diserahkan kepada Scott Speed, pelumba Subaru Motorspots USA.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
Subaru WRX Project Midnight

 

Berbeza dengan Airslayer yang melakonan pelbagai watak di dalam skrin dan litar lumba, Project Midnight ditumpukan pada kelajuan di atas tar.

Tugas bersama Subaru hanya satu daripada jilid kerjaya dan kejayaan beliau yang pernah berlumba di dalam Formula 1, Formula 3, Formula E, NASCAR dan banyak lagi.

Beliau merupakan pemegang kejuaraan America Rallycross, Global Rallycross dan Formula Renault 2000.

 

Subaru WRX Project Midnight

 

Dari gambar jelas kelihatan kit badan aerodinamik yang lebar dan sayap yang dibesarkan dari kereta rali WRX ARA24.

Badan gentian karbon dan casis yang diringankan dengan ketara menyumbang kepada berat di bawah 1,134 kilogram (kg) atau 136 lebih ringan daripada Airslayer.

Jika dibandingkan dengan WRX standard, berat turun sebanyak 454 kg! 

 

Subaru WRX Project Midnight

 

Geometri ampaian Project Midnight disesuaikan dari kereta rali tarmac. 

Rim dari OZ Racing Superturismo LMP (magnesium) saiz 18 x 11 inci dan tayar Yokohama ADVAN 280/650.

Di bawah tukup tersimpan enjin 2.0 liter turbo melintang yang menghasilkan 670 kuasa kuda (hp) dan 922Nm! Ini bukan kereta tetapi raksasa dengan empat roda.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Subaru WRX Project Midnight