Subaru WRX takkan hadir dalam versi STI

oleh Mohamad Hanif|
Tatkala Subaru melancarkan model WRX serba baharu pada bulan September tahun lalu, ramai yang beranggapan versi WRX STI bakal mempunyai spesifikasi yang lebih jahat dan agresif.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, dalam satu pengumuman mengejutkan, Subaru mengesahkan WRX 2022 tidak akan menerima versi STI.

Menurut Subaru, mereka mahu menumpukan perhatian kepada bagaimana kereta sports dan kereta berprestasi tinggi masa depan patut berubah dalam memenuhi undang-undang dan regulasi emisi yang semakin ketat.
 

S4 STI


Pengeluar tersebut turut mahu meneroka peluang untuk membangunkan generasi baharu Subaru WRX STI yang mungkin membawakan trenkuasa hibrid ataupun elektrik sepenuhnya.

Ini bermakna, apabila Subaru WRX STI dengan enjin pembakaran dalaman serba baharu muncul kelak, ia tidak lagi akan menggunakan asas daripada model WRX generasi kedua sedia ada.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan imej yang tertiris daripada kertas kerja yang diperoleh laman Drive, WRX TR (singkatan…
Berita Global
Animasi stail Initial D juga kerap kali digunakan oleh Toyota untuk mempromosikan kereta sports…
Berita Global
Ini kerana pengeluar tersebut sedang meneroka beberapa pilihan, dengan kemungkinan besar model…