Subaru WRX TR 2024 spesifikasi Amerika sah tiada sayap belakang

oleh Mohamad Hanif|
Ini mungkin sekali satu perkara yang menyedihkan untuk para peminat yang menantikan kehadiran WRX TR yang agresif di Amerika Syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak seperti WRX TR untuk pasaran Australia yang mendapat sayap belakang yang besar dan tinggi, pasaran Amerika pula tidak mendapat keistimewaan tersebut.

Pembeli WRX TR nampaknya perlu ke kedai aksesori untuk memasang sendiri sayap idaman pada 'Bezza' AWD itu.

 

WRX


Subaru WRX TR 2024 itu didatangkan dengan komponen spring yang lebih keras, kadar redaman yang disemak semula, diikuti dengan rak stereng yang telah ditala semula untuk respons stereng yang lebih tajam.

Keempat-empat sudut dipadankan dengan rim agresif bersaiz 19 inci yang dibaluti tayar Bridgestone Potenza S007 yang dapat membantu meningkatkan tahap cengkaman di dalam pemanduan basah dan kering.
 

WRX


Selain itu, WRX TR ini dibekalkan dengan sistem brek Brembo yang terdiri daripada angkup enam omboh di depan dan dua omboh di belakang, diikuti dengan pelapik brek, rotor (340 mm depan, 326 mm belakang) dan silinder brek utama yang lebih besar.

Dari segi kuasa, WRX TR ini masih lagi kekal dengan enjin boxer 2.4 liter turbo yang mampu menghasilkan 271 hp dan 350 Nm, dipadankan dengan sistem pacuan semua roda Symmetrical AWD dan sistem torque vectoring aktif.
 

recaro


Seperti yang telah didedahkan sebelum ini, ruang kabin WRX TR dipasangkan dengan sepasang tempat duduk Recaro secara standard, dengan balutan bahan Ultrasuede berwarna hitam dan kelabu.

Setakat ini tiada sebarang tanda harga diumumkan oleh pihak Subaru Amerika untuk model WRX TR 2024 ini.