Subaru XV 2022 kini dapat EyeSight, X-Mode dua fungsi - harga dari RM140k

oleh Mohamad Hanif|
TC Subaru akhirnya melancarkan secara rasmi versi kemaskini terhadap model crossover Subaru XV 2022 untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ditawarkan dalam dua pilihan, iaitu versi 2.0i-P EyeSight dan versi GT Edition, Subaru XV masih lagi mengekalkan penggunaan nadi boxer empat silider FB20 yang berupaya menjana 156 PS dan 196 Nm dipadankan dengan transmisi Lineartronic CVT dan pacuan semua roda.

Namun, perubahan yang dibawakan terdiri daripada:
 

EyeSignt


1. EyeSight Advanced Driver Assist
-Sistem Brek Pra-Pelanggaran
-Pengurusan Pendikit Pra-Pelanggaran
-Kawalan Jelajah Adaptif
-Amaran Pergerakan Kenderaan Hadapan
-Amaran Keluar Laluan (bermula 50 km/j)
-Amaran Pergerakan Bergoyang (Lane Sway Alert, bermula 60 km/j)

2. SI-Drive
Sistem pengurusan prestasi trenkuasa Subaru XV yang membolehkan pemandu memilih mod pemanduan Sport (S) atau Intelligent (I).
 

X-Mode


3. X-Mode dua fungsi
Subaru XV terkenal dengan keupayaannya untuk menawan laluan off-road yang ringan, dan ciri X-Mode kini ditambahbaik dengan pemilihan dua fungsi yang berbeza iaitu Snow/Dirt dan Deep Snow/Mud.

Bukan itu sahaja, rupa paras Subaru XV ini turut mendapat kemaskini yang merangkumi rim 17 inci yang direka semula, bampar dan gril depan baharu, serta tempat duduk pemandu boleh laras lapan cara dengan fungsi memori.
 

XV


Untuk mereka yang mahukan penampilan agresif, Subaru XV turut ditawarkan dalam versi GT Edition yang merupakan model kolaborasi kedua antara syarikat kejuruteraan Giken Co. Ltd dan pereka terkenal Masahiko 'Jack' Kobayashi.

Terdapat enam pilihan warna iaitu Crystal Black Silica, Magnetite Grey Metallic, Ice Silver Metallic, Dark Blue Pearl, Pure White dan Cool Grey Khaki.

Harga jualan bermula dari RM139,788 untuk versi 2.0i-P EyeSight, dan RM146,788 untuk versi 2.0i-P EyeSight GT Edition.

 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Untuk menjadikan penawaran XV yang lebih malar segar, pihak TC Subaru tahun ini memperkenalkan…