Subaru XV 2.0i-P menampilkan ciri eksklusif iaitu tempat duduk balutan Leather Suede Deluxe gandingan tiga warna iaitu gloss black, matte black dan sleek silver, diselangi dengan jahitan kontras signatur berwarna jingga.
Naiktaraf upholsteri ini hanya dikhususkan untuk pasaran Malaysia dan Thailand sahaja.
Selain daripada itu, varian 2.0i-P ini dilengkapi dengan rim aloi bersaiz 17 inci, serta sistem paparan Display Audio System bersaiz lapan inci serba baharu yang menyokong sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto.
Terdapat enam warna yang ditawarkan iaitu Pure White, Dark Grey Metallic, Ice Silver Metallic, Dark Blue Pearl, Cool Grey Khaki dan Sunshine Orange.