Namun bagi pemilik mata-mata yang tajam, tekaan anda tepat.
Ia sebenarnya merupakan sebuah Subaru Impreza WRX yang telah diberikan rupa paras Mitsubishi Lancer Evolution IX!

Seorang pemilik warga Washington bernama Jonah (menerusi nama Shood B Good di media sosial) telah membuat keputusan untuk mencipta sebuah projek yang dinamakan sebagai Subevo bagi menyakitkan hati para peminat fanatik Subaru dan Mitsubishi.
Secara asasnya, kedua-dua model mempunyai dimensi yang hampir serupa, fender yang lebar, serta penampilan klasik sedan tiga kotak.

Kerja-kerja memasang muka depan Lancer Evo IX tidaklah sukar, namun Jonah terpaksa memotong beberapa bahagian dan mengimpal kembali menggunakan tiub semi, sementara saiz lampu Evo yang agak besar memaksa beberapa komponen seperti pendingin hawa dan ABS perlu diubah lokasinya.
Disebabkan fender hadapan Evo jauh lebih lebar, Jonah perlu mengubah suai bahagian fender hadapan, namun hasilnya tetap kemas walaupun bakal mengakibatkan beberapa peminat Evo dan Impreza muntah hijau.
Sebagai pengakhiran, Jonah memasang set spring gegelung baharu, rim BBS, serta membalut keseluruhan panel badan Subevo ini dengan wrap Soul Red.