Kira-kira 2,000 unit Nissan LEAF akan dibekalkan kepada Uber dengan spesifikasi pek bateri 40 kWh dan jarak operasi sejauh 270 kilometer untuk setiap pengecasan penuh.
Strategi ini merupakan sebahagian daripada program 'Clean Air Plan' bagi memastikan kadar pencemaran udara di pusat bandar Britain berjaya dikurangkan dengan penggunaan EV menjelang tahun 2025.
Ia dimulakan dengan inisiatif mengenakan caj tambahan $0.20 (RM0.80) untuk setiap batu perjalanan dan caj tersebut akan disalurkan bagi membantu pemandu Uber mendapatkan sebuah EV.
Sehingga kini, Uber berjaya mengumpul kira-kira £80 juta (RM425 juta) untuk tahun pertama dan angka tersebut dijangka meningkat kepada lebih £200 juta (RM1 billion) untuk lima tahun akan datang.
Jumlah perjalanan yang dikendalikan oleh EV juga meningkat 350 peratus kepada 900,000 perjalanan untuk tahun pertama.
Sebagai info, harga sebuah Nissan LEAF di UK bermula dari £26,345 (RM139,979) termasuklah subsidi kerajaan sebanyak £3,500 (RM18,597).
Baca: Pandu Uji Nissan LEAF