Sudahkah anda periksa tahap 'kesihatan' kenderaan anda?

oleh SALINA JALIL|
Pernahkah anda terfikir tentang status kesihatan kenderaan anda? Sudah tentu, kita lebih menitikberat tahap kesihatan diri dan keluarga kita sendiri berbanding perkara lain!


Tetapi tahap kesihatan kenderaan anda juga penting demi memastikan perjalanan anda dan keluarga tersayang anda selamat.


Jadi bagaimana harus kita memastikan bahawa tahap 'kesihatan' kenderaan kita berada dalam keadaan baik dan selamat untuk kita pandu?
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Sama seperti diri kita sendiri, kenderaan juga perlu menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk memastikan ia beroperasi pada tahap keselamatan optimum pada setiap masa.


Apatah lagi dengan kedatangan cuti sekolah dan cuti patriotik yang akan datang pada bulan Ogos dan September, Hari Merdeka dan Hari Malaysia, pemeriksaan kesihatan kenderaan adalah lebih penting sebelum memulakan perjalanan bersama keluarga atau untuk perjalanan ‘balik kampung’. 


Dengan tips yang dikongsikan disini, ia berpotensi menyelamatkan anda dari terkandas di lebuh raya akibat kerosakan atau kemalangan, terutamanya apabila jalan raya akan sesak dengan beribu-ribu pengunjung yang bercuti.

 

 

Untuk mengelakkan kesulitan tersebut, berikut adalah lima pemeriksaan kesihatan kenderaan asas yang perlu dilakukan secara berkala;


1. Sentiasa periksa keadaan tayar anda!

 

Memeriksa keadaan tayar anda harus menjadi kebiasaan, tidak kira perjalanan jauh atau pendek, kerana tayar dalam keadaan haus adalah bahaya bukan sahaja kepada anda tetapi semua pengguna jalan raya. 


Tanpa tayar yang sihat, anda berkemungkinan akan tergelincir di atas jalan yang licin, bahkan brek kenderaan anda juga tidak mencengkam secara optimum. Selain daripada memastikan terdapat tayar ganti di dalam but, sila pastikan tekanan udara tayar ganti juga berada dalam keadaan baik!

Anda juga perlu menyemak penjajaran tayar, ketebalan pad brek serta bunga tayar.
 

 

2. Bilah penyeka kaca atau wiper


Kebanyakan pemandu sering kali tidak berfikir tentang keadaan bilah penyeka kaca mereka, selagi ia masih berfungsi serta mengesat air hujan, kebanyakan dari kita beranggapan ia masih elok. 

Walau bagaimanapun, tahap 'kesihatan' bilah ini juga merosot mengikut keadaan cuaca, apatah lagi sering kali ditinggalkan di bawah pancaran matahari yang terik!


Perhatikan tanda-tanda ini dan ketahui masa untuk menggantikannya;
- bilah getah retak atau mengelupas
- bilah pengilap meninggalkan coretan pada cermin depan
- ada bunyi berdecit 
- rangka pengilap
- bengkok atau kelihatan rosak.

 

 

3. Lampu isyarat (signal) kiri dan kanan, adakah lampu anda masih berfungsi dengan baik?


Setiap lampu pada bahagian luar kereta adalah sama penting dan ia wajib berada dalam keadaan berfungsi pada setiap masa. 


Walau bagaimanapun, kebanyakan pemandu tidak akan tahu jika ada yang rosak sekiranya tidak dimaklumkan! .

Saranan kami lakukan pemeriksaan mudah di rumah untuk memastikan semua lampu berada dalam keadaan baik. 


Selain daripada lampu hadapan, lampu belakang dan lampu kabus, lampu lain yang lebih penting untuk diberi perhatian ialah lampu isyarat (signal) untuk menukar lorong dan lampu brek untuk memberi amaran kepada pemandu lain untuk memperlahankan kenderaan.

 

 


4. Masalah bateri?

 

Salah satu tanda awal bateri kereta hampir mati adalah apabila anda menghadapi masalah untuk menghidupkan enjin kenderaan anda . 


Apabila kereta anda susah untuk dihidupkan atau lampu-lampu dalam kabin kenderaan tidak terang sepenuhnya, ini adalah tanda-tanda awal bateri kenderaan anda sudah hampir mengakhiri jangka hayat. 


Cara mudah untuk mengetahui tahap kesihatan bateri kenderaan anda adalah pergi ke bengkel dan mohon mekanik anda untuk periksa tahap ketahanan bateri anda kerana mereka mempunyai alat untuk mengukur tahap kesihatan bateri tersebut!

 

 

5. Pastikan alat penghawa dingin dalam kabin dan di bahagian enjin juga berfungsi dengan baik!

 

Semasa memeriksa minyak enjin, periksa juga paras penyejuk dalam kenderaan kerana sekiranya haba tidak dapat keluar dari ruang enjin, ia boleh mencetuskan kebakaran akibat terlalu panas! 

 

Dalam kata yang lebih mudah, radiator enjin dan sistem penyejukan perlu berada dalam keadaan baik untuk menghalang enjin kenderaan anda terlalu panas! 


Punca yang paling biasa ialah kipas radiator rosak, kebocoran sistem penyejukan dan paras penyejuk yang rendah. Jangan sekali-kali menanggalkan penutup radiator apabila enjin panas kerana cecair panas boleh memancut keluar dan mencederakan anda. Jika tidak pasti, sebaiknya dapatkan bantuan profesional.

 

Di samping melakukan pemeriksaan rutin seperti disarankan di atas, satu lagi langkah penting yang perlu dipertimbangkan adalah mendapatkan insurans motor. 

 

 

Sama seperti bagaimana insurans kesihatan berpotensi menyelamatkan nyawa anda dari kos perubatan yang melambung tinggi, insurans motor juga boleh melakukan perkara yang sama. Ia seperti jaring keselamatan untuk memastikan kenderaan bermotor anda, bersama pemandu dan penumpang dilindungi dan diinsuranskan dengan baik.

 

Di Liberty Insurance, Private Car EZY Plus – Insurans komprehensif ialah pelan perlindungan holistik kerana ia tidak hanya menyediakan perlindungan hanya terhadap kerosakan sendiri dan kerugian pihak ketiga tetapi juga meliputi perbelanjaan perubatan, hilang upaya kekal atau kematian sekiranya berlaku kemalangan. Ia juga meliputi penggantian kerusi kanak-kanak jika kerusi itu rosak akibat kemalangan, kecurian atau banjir.

 


Di samping itu, anda juga boleh membeli salah satu perlindungan tambahan termasuk perlindungan pada PA untuk Penumpang, Elaun Banjir, tunda perbatuan tanpa had 24 jam, kerosakan cermin sisi dan lain-lain.

 


Liberty Insurance juga menawarkan proses tuntutan yang cekap dengan Tuntutan Ekspres Liberty Own Damage (OD) yang hanya terpakai dengan Pelan Komprehensif Kereta Persendirian EZY Plus.


Tuntutan boleh dibuat melalui mana-mana telefon pintar dan kemalangan mesti dilaporkan dalam tempoh 48 jam untuk pembayaran tuntutan ekspres.


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Insurans Motor Liberty Insurance dan proses tuntutannya, lawati https://www.libertyinsurance.com.my.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebagai sebahagian daripada kerjasama itu, Liberty Insurance telah melancarkan InsureMyTesla…
Informasi
Jadi, apabila sesebuah kenderaan itu terlibat dalam kemalangan dan memerlukan pembaikan, kos…
Berita Domestik
AmGeneral pada ketika ini dimiliki 51 peratus oleh AmBank Group manakala 49 peratus lagi oleh…