Suka terbangkan dron? Iya, ada undang-undang penerbangan dron!

oleh SALINA JALIL|
Dron telah menjadi satu norma baharu di Malaysia. Semua peringkat umur tidak kira bangsa dan agama telah menggunakan dron sebagai hobi mereka.


Dron mempunyai pelbagai jenis dan saiz mengikut kesesuaian hobi. Kebanyakan orang menggunakan dron untuk menangkap swafoto, gambar kahwin, gambar panorama dan rekod video acara-acara tertentu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Sekarang juga banyak pertandingan dron di jalankan sekitar Malaysia di mana dron tersebut diubah suai untuk meningkatkan kelajuan. Pertandingan tersebut telah direka supaya dron dapat mengharungi halangan-halangan yang telah direka bentuk.

 

Namun, tahukah anda Malaysia mempunyai undang-undang bagi penerbangan dron? Ini termasuk apa jua jenis dron yang terdapat di pasaran.

 

Mengikut Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016, terdapat tujuh peraturan asas yang perlu dipatuhi oleh setiap pengguna dron di Malaysia.

 

Pertama, dron tidak dibenarkan melintasi kawasan yang ditentukan.

 

Kedua, dron tidak boleh terbang dalam lingkungan 150 meter dari kawasan yang ditentukan, contohnya markas tentera dan lapangan kapal terbang.

 

Ketiga, dron tidak boleh melintasi perhimpunan terbuka yang mempunyai lebih 1,000 orang.

 

Keempat, dron juga tidak boleh mendekati perhimpunan yang lebih 1,000 orang tersebut.

 

Kelima, dron tidak boleh terbang 50 meter berdekatan dengan bangunan, kapal, kenderaan dan menara di semua kawasan.

 

Keenam, dron tidak dibenarkan terbang berdekatan 50 meter dari orang.

 

Ketujuh, dron mesti mempunyai luas kawasan pelepasan dan pendaratan sekurang-kurangnya 30 meter di mana-mana kawasan penerbangan.

 

Oleh yang demikian, semua peraturan ini perlu diikut oleh semua penggemar dron di Malaysia. Setiap negara mempunyai peraturan mereka sendiri.

 

Jadi selaku rakyat Malaysia yang bertanggungjawab kita perlu mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Semua peraturan yang dibuat adalah untuk kebaikan bersama, contohnya untuk menjaga privasi orang di sekeliling kita, menjaga kawasan yang sulit daripada terdedah, menjaga keselamatan orang ramai serta menjaga keselamatan dron itu sendiri jika berlaku kecemasan semasa penerbangan di udara.

 

Semua benda yang terbang di udara mempunyai risiko yang tinggi dan risiko ini dapat dikurangkan dengan mematuhi peraturan-peraturan tersebut.

 

Tahukah anda, di Malaysia, kita memerlukan permit untuk penerbangan dron? Terdapat dua jenis permit yang perlu dipohon sebelum membuat penerbangan dron iaitu permit daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

 

 

JUPEM adalah agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap semua aktiviti pemetaan di Malaysia.

 

Oleh itu, semua gambar udara yang diambil menggunakan dron perlu mendapat kebenaran daripada pihak JUPEM terlebih dahulu. Kemudian gambar-gambar udara tersebut perlu diserahkan kepada pihak JUPEM untuk simpanan.

 

CAAM pula adalah agensi yang bertanggungjawab untuk memantau aktiviti-aktiviti penerbangan awam di Malaysia. Agensi ini sangat penting untuk mengawal semua penerbangan termasuk penerbangan komersial mahupun dron.



Ini sangat penting untuk mengelak sebarang tragedi perlanggaran dron dengan kapal terbang komersial sewaktu penerbangan di udara. Semua penggemar dron perlu memohon kedua-dua permit berkenaan sebelum memulakan penerbangan dron terutama bagi kerja-kerja pengambilan gambar udara di kawasan tertentu.

 

Maklumat-maklumat yang diperlukan bagi permohonan permit termasuklah nama dron, nama pengendali dron, tujuan penerbangan dron, tarikh penerbangan, kawasan penerbangan, surat kebenaran penerbangan daripada polis tempatan atau pihak berkuasa tempatan, ketinggian penerbangan, jenis kamera yang digunakan, no kad pengenalan, tarikh dan tempat lahir, nama syarikat dan nombor telefon.

 

Permit JUPEM dikenakan sebanyak RM50 setiap hari penerbangan manakala permit CAAM dikenakan RM250 bagi sekali permohonan penerbangan.

 

Selaku rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, peranan kita adalah untuk mematuhi undang-undang penerbangan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

 

 

* Profesor Madya Dr Khairul Nizam Tahar ialah pensyarah di Pusat Pengajian Sains Ukur dan Geomatik Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara, Shah Alam - Sinar Harian

Berita Berkenaan

Informasi
"Justeru, saya lihat ada keperluan untuk MCMC mengadakan perbincangan dan mungkin meneliti beberapa…
Berita Domestik
  Beliau berkata setakat ini pesakit menggunakan aplikasi dalaman hospital itu untuk memesan ubat-…
Berita Domestik
  Beliau berkata, dron sasaran itu boleh digunakan ketika proses latihan ujian tembakan yang…