Sukan permotoran bakal gulung tikar?

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Sukan permotoran negara mungkin akan gulung tikar sekiranya tiada pendekatan terbaik mampu dilakukan oleh kerajaan bagi membantu industri itu terus bernafas.


Malah, lebih ramai penaja dijangka akan menarik diri berikutan keadaan pandemik yang tidak menampakkan trend penurunan.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023

 

Perkara itu nyata menggusarkan pengurus pasukan Honda Yuzy Racing, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini yang bimbang akan kehilangan penaja.

 

"Susah nak cakap sekarang ini sebab penaja pun takut untuk menaja sebab tahun ini pun kami belum dapat memenuhi kemampuan mereka.

"Nak cakap banyak pun susah juga sebab kami sendiri pun tak pasti apa akan terjadi yang ke depan ini.

 

"Kalau kami dapat berlumba dalam tempoh empat bulan ini bolehlah juga kami yakinkan penaja untuk terus jalinkan kerjasama tapi sekarang ini adalah sukar sebab kita sendiri pun tak tahu apa akan jadi," katanya.

 

Bukan hanya setakat di Malaysia, malah beberapa perlumbaan besar terutamanya seperti Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) juga terpaksa dibatalkan kerana Covid-19.

 

Katanya, mungkin cara terbaik untuk kembali menghidupkan perlumbaan adalah membenarkan perlumbaan peringkat tempatan berlangsung bagi meneruskan kesinambungan sukan permotoran tanah air.

 

Terdahulu perlumbaan GP Malaysia 2021 dibatalkan berikutan situasi semasa pandemik Covid-19 serta sekatan perjalanan dilaksanakan Malaysia, sekali gus ia tahun kedua berturut-turut penganjuran perlumbaan itu dibatalkan.

 

Perkara itu diumumkan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Persatuan Pasukan Perlumbaan Jalan Raya Antarabangsa (IRTA) dan Dorna Sports, pemegang hak eksklusif komersial dan televisyen MotoGP.

 

Misano akan mengambil alih tempat SIC yang bakal menjadi perlumbaan MotoGP kedua dalam bulan berkenaan dengan litar yang dinamakan sempena mendiang Marco Simoncelli itu akan menganjurkan GP San Marino pada 19 September.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Menurut kenyataan akaun rasmi Johor Southern Tigers di X, pasukan yang akan dikenali sebagai JDT…
Gaya Hidup
Ia didatangkan dengan skema empat warna jenama MUGEN, di mana terdapat jalur putih, merah dan emas…
Berita Global
Buat masa ini, sama seperti Toyota, Peugeot tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menghasilkan…