Sultan Johor - 'Habis rim kereta saya bengkok'

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan/gambar kecil Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berharap kerajaan Persekutuan dapat memberikan peruntukan khas kepada negeri ini bagi pembaikan jalan yang rosak dan berlubang di Lebuhraya Pasir Gudang.


Sultan Ibrahim bertitah, jalan Johor Bahru-Mersing turut mengalami isu sama dan berbahaya kepada pengguna.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Saya berharap peruntukan khas bagi pembaikan jalan persekutuan iaitu Lebuhraya Pasir Gudang dan laluan Johor Bahru-Mersing yang kini keadaan berlubang dan membahayakan pengguna jalan raya.

 

"Habis rim kereta saya pun bengkok," titah baginda sewaktu merasmikan pembukaan Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di Iskandar Puteri pada Khamis.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan yang meluluskan peruntukan dalam Belanjawan 2023 untuk menaik taraf Lebuhraya Utara-Selatan dari Yong Peng ke Senai kepada enam lorong.

 

"Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah mendengar permintaan Johor dengan memberikan peruntukan dalam Belanjawan 2023 untuk menaik taraf Lebuhraya Utara Selatan dari Yong Peng ke Senia kepada enam lorong.

 

"Kalau boleh dari Gemas, buat apa separuh jalan. Kerajaan Pusat juga akan sediakan lorong memotong di Lebuhraya Senai-Desaru dari Pasir Gudang ke Bandar Penawar yang merupakan satu-satunya lebuh raya di Malaysia yang hanya ada dua lorong dan dikenakan bayaran tol," titah baginda.

 

Dalam pembentangan Belanjawan 2023 lalu, kerajaan Persekutuan bersetuju untuk melaksanakan beberapa projek naik taraf jalan raya persekutuan dan lebuh raya.

 

Antaranya projek naik taraf jaringan lebuh raya ke Pengerang dengan membina lorong memotong di Senai-Desaru Expressway, serta projek naik taraf Lebuhraya Utara Selatan laluan Yong Peng Utara ke Senai Utara - Fasa Satu kepada enam lorong dengan kos RM525 juta secara berfasa.

 

 

- sekiranya rakyat yang mohon memang berzaman kena tunggu, kalau Sultan Johor sendiri telah bersuara, takkan kena tunggu PRU16 kan? -

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Projek itu (HSR) boleh dibiayai melalui inisiatif kewangan swasta di mana kerajaan membayar…
Berita Domestik
Semalam, Sultan Ibrahim berkenan mengadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, yang…
Berita Domestik
Menurut laporan Bernama, Sultan Ibrahim berkenan menggerakkan tiga aset milik baginda iaitu ‘air…