Sultan Johor mahu hidupkan semula projek HSR

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura (KL-Singapura) dilaksanakan semula selepas ia dibatalkan dua tahun lalu.

Sultan Ibrahim bertitah bahawa baginda akan berusaha menghidupkannya semula dan mempunyai beberapa idea berhubung cara untuk mengembalikan projek itu ke landasan yang betul.
AION MREC Banner Campaign May 2024

"Projek itu (HSR) boleh dibiayai melalui inisiatif kewangan swasta di mana kerajaan membayar kontraktor untuk mengendalikan projek menerusi kaedah pajakan 30 tahun supaya kontraktor boleh mendapatkan balik modal dikeluarkan, sebelum kerajaan mengambil alih semula pemilikan HSR.

"Projek HSR antara KL-Singapura juga perlu diselaraskan supaya lintasan sempadan melalui Forest City, pembangunan hartanah bermasalah di Johor.

"Jika kekal dengan cadangan pertama, kosnya tidak akan meningkat begitu banyak, namun kerana (projek HSR) on-off-on-off, hari ini ia (kos) akan lebih banyak," titah baginda yang dipetik dalam wawancara bersama The Straits Times Singapura.

Baginda merujuk kepada anggaran kos awal RM72 bilion HSR apabila projek itu mula diumumkan pada 2013.

Bagaimanapun, projek keretapi laju sepanjang 350 kilometer itu kini dianggarkan menelan kos melebihi RM100 bilion.

Pada 8 Mac lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata Malaysia mengambil sikap terbuka terhadap sebarang cadangan untuk mengembalikan pelaksanaan projek HSR KL-Singapura, selagi ia tidak melibatkan pembiayaan oleh kerajaan.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dari segi reka bentuk pula, HSR Kuala Lumpur ke Singapura perlu mempunyai kelajuan 350 kilometer…
Berita Global
Antara stesen yang belum disiapkan ialah Stesen Padalarang (65 peratus) disebabkan kerja-kerja…
Berita Domestik
Menurut Berita Harian, dalam satu kenyataan, Berjaya Land berkata ia akan terbabit dalam proses…