Titah baginda dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook Kesultanan Pahang pada Khamis menyatakan bahawa R&R adalah keperluan asas orang ramai dan akan dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna.
Ini sekali gus mengelak masalah pembuangan sampah serta kekotoran di pinggir jalan akibat ketiadaan kemudahan tandas.
Kerajaan Pahang pernah membuat permohonan agar R&R dapat dibina di LTU (dalam daerah Bentong) tetapi ditolak berdasarkan kos pembinaan R&R yang mencecah dua kali ganda daripada anggaran kos asal walaupun ia berada dalam skop projek dan hanya penyediaan platform dan infra sahaja yang dilaksanakan.
Bacaan sepenuhnya di Sinar Harian