Sumbang dana guna mata ganjaran Petron Miles

oleh Mohamad Hanif|
Petron Malaysia bekerjasama dengan Yayasan MyKasih melancarkan program sumbangan 'PetronMyKasih Jom Derma' dengan memberikan peluang kepada para pemegang kad Petron Miles menderma mata ganjaran mereka.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Program ini bermula dari 7 Mei hingga 31 Ogos di mana setiap 500 mata ganjaran Petron Miles yang disumbangkan akan ditukarkan kepada nilai matawang RM5 (1,000 mata ganjaran = RM10) dan diserahkan kepada Yayasan MyKasih.

Menerusi Yayasan tersebut, keluarga B40 boleh membeli bahan makanan dan keperluan dari lebih 250 buah kedai runcit termasuklah Mydin, Tesco, Giant, Econsave, The Store, Aeon, 99Speedmart dan TF Value Mart.

Menurut Choong Kum Choy, Ketua Dagangan Runcit dan Perniagaan Komersial Petron Malaysia berkata, "Bersama MyKasih, kami menyediakan peluang kepada pelanggan untuk turut sama membantu kepada mereka yang lebih memerlukan.

“Menggunakan kad PMiles untuk menyumbang adalah mudah dan senang kerana pelanggan kami boleh melakukannya setiap kali mereka berada di stesen kami. Dan kepada mereka yang memberi sumbangan, resit pengecualian cukai juga akan dikeluarkan bagi setiap sumbangan daripada MyKasih,” tambah Choong.

Yayasan MyKasih merupakan sebuah pertubuhan amal yang beroperasi sejak tahun 2009 dan telah menyalurkan sumbangan bernilai RM280 juta kepada lebih 300,000 isi rumah dan pelajar berpendapatan rendah di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.petronmiles.com.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…
Informasi
  Baginda berasa amat sedih dan terharu apabila membaca berita yang tular mengenai nasib malang…
Berita Domestik
  SM Nasarudin berkata, pihaknya berharap sumbangan Kumpulan Naza dapat membantu golongan yang…