Sunway, Gentari dan EVC tandatangan MoU, bakal bangunkan fasiliti pengecasan seluruh Malaysia

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sunway Group (Sunway), Gentari Sdn Bhd dan EV Connection Sdn Bhd baru-baru ini telah menandatangani MoU bagi membangunkan infrastruktur pengecasan EV di premis, bangunan komersial dan kemudahan milik Sunway di seluruh negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Melalui kerjasama itu, Gentari menerusi anak syarikatnya, Gentari Green Mobility Sdn Bhd, akan menjadi rakan kongsi pembangunan bersama untuk stesen pengecas EV di perbandaran dan pembangunan bersepadu Sunway di seluruh Malaysia.

Perjanjian itu turut melibatkan kerjasama EV Connection dengan Sunway untuk mengenal pasti lokasi  strategik bagi pemasangan stesen pengecas di perbandaran dan pembangunan bersepadu Sunway di seluruh Malaysia.

 

2

 

Kerjasama antara Sunway, Gentari dan EV Connection merupakan satu langkah ke arah matlamat kerajaan ke arah ekonomi neutral karbon menjelang 2050, selaras dengan peningkatan penggunaan EV.

Di bawah Pelan Tindakan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2023, Malaysia menyasarkan untuk EV dan kenderaan hibrid menyumbang sekurang-kurangnya 15 peratus daripada jumlah volum industri menjelang 2030.

Kerajaan turut menyasarkan untuk mempunyai 10,000 stesen pengecas EV di seluruh negara menjelang tahun 2025.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Justeru, pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan menunggu di bawah setiap stesen BRT…
Berita Domestik
Buat mereka yang mempunyai hartanah sendiri, tidak menjadi masalah untuk terus memasang kemudahan…
Berita Domestik
  Laporan dari Kosmo menyatakan bahawa kejadian berlaku berhampiran Blok Empat Pangsapuri Desa…