Super dron perlukan kelulusan CAAM - Anthony Loke

oleh Mohamad Hanif|
Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook mengumumkan kereta terbang yang diuar-uarkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Yusof adalah sejenis dron, dan oleh itu perlu kelulusan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Nak terbang dron perlu dapatkan kelulusan CAAM,” katanya menjawab pertanyaan Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) di Dewan Rakyat, pada sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2020 peringkat jawatankuasa membabitkan Kementerian Pengangkutan.

Shahidan Kassim (BN-Arau) kemudian berterima kasih kepada Loke atas penjelasan itu.

“Kami bagi pihak semua ahli Parlimen ucap terima kasih kerana itu bukan ‘kereta terbang’ tetapi dron,” kata Shahidan, disokong Ismail Sabri Yaacob (BN-Bera).

Redzuan di Dewan Rakyat semalam mengumumkan beliau akan pandu uji “kereta terbang” pada Khamis, sambil mengundang wakil-wakil rakyat untuk menyaksikan sesi itu.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dalam satu kenyataan tidak mendedahkan lokasi ujian penerbangan pertama memandangkan ia adalah undangan tertutup daripada syarikat berkenaan. 

Beliau berkata ujian tersebut hanya terbuka kepada ahli parlimen yang berminat sahaja. 

Sumber: Free Malaysia Today, Astro Awani

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Redzuan menjawab, "Panggillah apa pun yang anda suka, dron, kereta terbang, kenderaan udara tetapi…
Berita Domestik
Dikenali sebagai Super Dron, ia menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan bakal menjadi…