Supercar BYD ini mampu bergerak guna tiga roda sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Supercar terbaharu daripada BYD, YangWang U9 telah diperlihatkan baru-baru ini bersempena dengan acara Shanghai Auto Show, di mana ia menampilkan ciri sistem suspensi yang sangat unik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sistem suspensi Disus-X itu dikatakan mampu mengawal pergerakan menegak, sisi, dan membujur yang sangat kompleks, terima kasih kepada gandingan beberapa komponen berikut:

  • Intelligent Damping Body Control System (Disus-C)
  • Intelligent Hydraulic Body Control System (Disus-P)
  • Intelligent Air Body Control System (Disus-A)

 


Untuk membuktikan keberkesanan sistem tersebut, BYD turut membiarkan YangWang U9 dipandu dalam keadaan tiga roda sahaja, tanpa sedikit pun rotor brek menyentuh lantai.

Ciri ini mungkin amat berguna di dalam situasi bermasalah seperti tayar pancit di tengah jalan dan perlu mencari kedai tayar berhampiran.

Selain daripada itu, sistem ini juga boleh berfungsi untuk mengurangkan tahap olengan badan, meminimumkan risiko terbalik dan membantu di dalam pecutan dan brek kecemasan.
 

U9


Dari segi kuasa, YangWang U9 dibekalkan dengan empat motor elektrik yang mampu menjana kuasa setinggi 1,100 hp dan 1,280 Nm, di mana pecutan 0-100 km/j dalam masa dua saat sahaja.

Terima kasih kepada platform Yisigang yang digunakan, supercar EV ini mampu bergerak sejauh 700 km untuk sekali cas penuh.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia sebagai meraikan perkongsian BYD sebagai rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™. Bagi pelanggan…
Berita Global
BYD menjual sebanyak 526,409 unit kenderaan dalam tiga bulan terakhir 2023, berbanding dengan 300,…
Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…