'Superman' kecundang lagi!

oleh SALINA JALIL|
Seorang lelaki ditahan setelah klip video memaparkan aksinya menunggang motosikal ala ‘Superman’ di Kilometer (KM) 46, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan di sini tular di media sosial baru-baru ini.


Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, lelaki berusia 19 tahun itu ditahan di Perak pada Jumaat lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Menurutnya, penahanan itu juga hasil jalinan kerjasama antara Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) kedua-dua negeri.

 

“Aksi Superman oleh lelaki itu menjadi tular setelah klip videonya dipaparkan di laman Facebook MotoMalaya pada dua hari lepas.

 

“Lelaki itu kemudiannya ditahan di Ipoh, Perak pada 24 Disember lalu sebelum diserahkan kepada Bahagian Siasatan Penguatkuasaan (BSPT) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Menerusi klip video berdurasi 41 saat itu, penunggang motosikal jenis Yamaha Y15 itu dilihat melakukan aks ala Superman dengan gelagatnya turut diketawakan individu yang merakam perbuatannya itu.

 

Mengulas lanjut Ahmad Shukri berkata, semakan lanjut mendapati penunggang motosikal tersebut tidak mempunyai rekod lampau dan ujian saringan air kencing dijalankan terhadapnya juga didapati negatif dadah.

 

“Lelaki itu direman selama empat hari bermula semalam hingga 28 Disember depan. Ketika ini siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 

“Jika sabit kesalahan, individu berkenaan boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000,” katanya.

 

 

Utusan Malaysia

Berita Berkenaan

Informasi
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata tangkapan itu…
Berita Domestik
"Ahli-ahli politik perlu mempunyai iltizam dalam memastikan kejayaannya (dari segi penggubalan…
Berita Domestik
  "Video itu memaparkan penunggang terbabit lengkap berpakaian baju Melayu. "JSPT Bukit Aman…