'Superman' kecundang, lima penunggang ditahan

oleh SALINA JALIL|
gambar ihsan dari JSPT
Lima penunggang motosikal, termasuk seorang remaja bawah umur ditahan selepas dikesan melakukan aksi ‘Superman’ serta berlumba di Jalan Kuching di sini, dalam Operasi Samseng Jalanan di ibu negara, awal pagi tadi.


Kesemua mereka berusia 16 hingga 21 tahun itu ditahan anggota Unit Penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur selepas dikesan menunggang motosikal dengan mempamerkan aksi berbahaya seperti ‘roket’ dan membuat ‘zig zag’.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kelima-lima mereka akan didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengganggu pengguna jalan raya lain.

 

Kata beliau, menerusi operasi pukul 9.30 malam pihaknya turut menjalankan Op Motosikal dan Op Pelbagai bermula Jumaat lalu di sekitar pusat bandar iaitu di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun Razak dan Jalan Raja Laut.

 

“Sebanyak 343 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 11 motosikal turut disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengubah suai ekzos pada motosikal.

 

“Motosikal yang disita akan diserahkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tindakan susulan dan pemilik akan diarahkan mengubah semula ekzos,” katanya dalam satu kenyatan semalam.

 

jspt
gambar ihsan dari JSPT

 

Dalam pada itu, kata beliau, sebanyak 10 lelaki berusia 27 hingga 69 tahun ditahan kerana dikesan memandu di bawah pengaruh alkohol.

 

“Mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan semua tangkapan dibawa ke Balai Polis Trafik, Jalan Bandar dan akan didakwa mengikut seksyen yang sama,” jelasnya.

 

 

 

Utusan

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, kesemua mereka kemudian ditahan selepas memberhentikan motosikal masing-masing di…
Informasi
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata tangkapan itu…
Berita Domestik
Sebelum itu, video klip memaparkan aksi mereka meniarap di atas motosikal sambil meluruskan kedua-…